Selasa, 11 Februari 2014

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


3 Buruh Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun & Bunuh <b>Di Marang</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 06:47 AM PST

Tiga buruh diberkas hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan bunuh melibatkan seorang ibu tunggal di Marang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, bertindak atas maklumat, dalam serbuan pertama pihaknya berjaya menahan dua lelaki yang berusia 25 dan 30 tahun berhampiran rumah mangsa kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Katanya, hasil siasatan lanjut, pihak polis seterusnya menemui pakaian lelaki yang dibuang di tempat pembuangan sampah di surau berhampiran kediaman mangsa.

"Ekoran daripada penemuan itu, kita berjaya memberkas seorang lagi buruh yang berasal dari Kampung Pengkalan Berangan dan dipercayai pakaian berkenaan milik suspek.

"Berdasarkan hasil ujian saringan air kencing, kita dapati suspek yang berusia 35 tahun itu positif dadah jenis heroin namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Lapor Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads