ads

Ahad, 16 Februari 2014

13 di kuala besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


PRK <b>Kuala Besut</b> Bakal Saksikan Pertembungan Sengit Antara <b>...</b>

Posted: 03 Jul 2013 09:27 PM PDT

dun k besut

Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut di Terengganu bakal menyaksikan pertembungan sengit antara ulama.

Ini kerana kedua-dua parti, Umno dan PAS akan menurunkan calon yang ada latar belakang ilmu agama dalam usaha untuk memenangi hati, fikiran dan sentimen agama di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang dikuasai oleh pengundi Melayu, kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.

Menurut sumber, Umno mungkin meletakkan Nik Zulhaiza Ismal, bekas hakim Mahkamah Syariah dan kini bertugas sebagai pegawai hal ehwal agama di Dungun.

Sebelum bertugas di Dungun, Nik Zulhaiza merupakan pegawai hal ehwal agama di Besut.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai hakim Mahkamah Syariah di Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Sementara itu PAS dijangka mencalonkan Wan Azhar Wan Ahmad yang pernah berkhidmat selama sedekad sebagai guru di sebuah sekolah agama di Sabah tetapi kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap karier politiknya di Besut.

Wan Azhar, 53, dikenali sebagai calon 'heavyweight' PAS di Terengganu dan berasal dari Kuala Besut.

Namun, beliau tewas kepada calon Umno, Muhammad Pehimi Jusoh di Jertih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, parti itu masih belum memutuskan mengenai calon walaupun empat nama dikemukakan kepada kepimpinan parti.

"Kita tidak kekurangan calon. Yakinlah, mereka semuanya sihat," kata Idris yang merujuk kepada kritikan terhadap Allahyarham Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A.Rahman Mokhtar yang meninggal dunia baru-baru ini selepas memenangi PRU-13.

Idris menegaskan calon Umno mestilah seseorang yang boleh diterima oleh ahli parti di negeri itu.

Malah, katanya, calon itu juga haruslah anak jati negeri itu yang disenangi rakyat.

"Kita juga akan menyemak latar belakang calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis untuk memastikan calon mempunyai rekod bersih," kata Idris.

Difahamkan seorang lagi calon berpotensi diturunkan Umno adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Besut, Zahanapi Sagaf yang berasal dari sebuah keluarga yang menyokong Umno dan kini berkhidmat sebagai pegawai kanan di Majlis Perbandaran Dungun.

PAS juga mempertimbangkan seorang lagi calon iaitu ulama muda, Ridhuan Mohd Nor yang tewas kepada Idris di kerusi Parlimen Besut pada PRU-13 yang lalu.

Penasihat Dewan Perniagaan Melayu Terengganu, Datuk Wan Albakri Mohd Nor menasihati parti itu supaya berpegang teguh kepada kriteria calon boleh menang.

"Kita berada dalam bahaya iaitu bakal berdepan keadaan DUN tergantung kerana Umno tidak pernah cakap serupa bikin apabila membabitkan pemilihan calon pada PRU-13," katanya.

Sekiranya Barisan Nasional yang memenangi 17 kerusi manakala Pakatan Rakyat 15 kerusi, gagal mempertahankan Kuala Besut, keputusan 16-16 akan mencetuskan dilema mengenai keadaan DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Jumaat untuk memutuskan mengenai tarikh PRK di Kuala Besut.

-mStar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved