ads

Ahad, 16 Februari 2014

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Ikan bakar sedap dan berbaloi <b>di Besut</b> | - JMR

Posted: 13 Feb 2014 11:48 PM PST

Setiap kali balik ke kampung aku di Besut, pasti akan ambil peluang ni untuk bawa satu famili menjamu selera di luar. Tempat yang sentiasa menjadi pilihan, restoran Zul Ikan Bakar yang tersohor di Besut.Tak kisahlah, ada hari istimewa atau tidak, janji dapat luang masa dan lepak bersama. 

Last week, since adik kedua aku yang menginap di Jepun dan adik ketiga aku ada di rumah untuk kenduri perkahwinan sepupu kami, aku amik kesempatan ni untuk makan malam di Zul Ikan Bakar yang disponsor sepenuhnya oleh Puan Nunu, pre-birthday celebration katanya..heheheh..

Kalau kawan-kawan aku dari luar Terengganu yang datang bercuti ke sini, Zul Ikan Bakar ni gak la yang aku rekemenkan. Menyajikan menu ikan bakar dengan rempah rahsia, dimakan dengan nasi putih panas+kicap pedas. Ikan-ikan dijamin segar dengan pilihan seperti siakap, kerapu, merah, jenahak, cermin, sotong, udang yang akan dimasak secara bakar. Oh ye, selain tu, ada gak udang/sotong/ikan kembung celup tepung. Ini je menu dia, takde sayur goreng ke, telur goreng ke. Diorang memang fokus untuk menu ni je.

Kali ni, untuk hidangan enam orang, aku pilih ikan kerapa saiz L, ikan merah dan dua ekor sotong saiz L untuk dibakar. Hidangan tambahan, dua ekor ikan kembung celup tepung dan 3 pinggan sotong celup tepung. Rasa memang sedap seperti biasa terutamanya bila dimakan panas-panas, fresh from oven. Lagi pun, ikan gerenti segar. Saiz lak korang boleh pilih sendiri sebelum bagi kat staff untuk dibakar.*melelehlakairliur.

Harga masih berbaloi dengan harga paling tinggi untuk ikan seperti kerapu ialah RM5 untuk 100gram. Total harga termasuk nasi dan minuman ialah RM164. Rasanya jauh berbaloi jika dibandingkan dengan harga di Lembah Klang..hehehe..

So, kalau korang datang ke Besut atau pun on the way ke Pulau Perhentian, bolehlah terjah Restoran Zul Ikan Bakar ni kan. Lokasinya di kaki jambatan Kuala Besut, tak jauh daripada jeti ke Pulau Perhentian. Dibuka dari jam 8 malam hingga 2 pagi.

Cubalah..

Burpp..alhamdulillah…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved