Isnin, 6 Januari 2014

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Diana&#39;s : Tempat Menarik <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 02 Jan 2014 08:14 PM PST


Assalamualaikum

Masih ingat lagi trip FD bersama Blooggers Dot Com? Rujuk entri Hotel Murah di Kuala Terengganu. Ada sambungan entri lagi sebenarnya tau. Kali ni nak kongsi dengan korang tempat menarik di Kuala Terengganu. Terima kasih kepada pihak Sumai Hotel Apartment sebab sudi bawa kitorang jalan-jalan kat Kuala Terengganu :)
FD yang dah tinggal kat Kuala Terengganu ni sejak Jun 2012 pun tak pernah jelajah kat sini lagi. Sodihhh! Sebabnya ayah selalu sibuk dengan kerja.

Taman Panorama
Taman Panorama terletak di atas bukit. Waktu dalam perjalanan nak ke Taman Panorama ni, serupa macam naik Genting Highland. Naik tinggi, selekoh tajam. Memang ada feeling ke Genting Highland jugak lah sebab masa tu hujan rintik-rintik, sejuk jeee :D

View yang sangat cantik!
Kalau datang waktu malam, confirm lagi awesome view dia :D


FD, Nabila Medan, Kak Nabila Biela, Kak Hazanis dan Farisya Anastasyia.


Le girls and le guys
Dalam gambar ni, kitorang naik kat atas sekali! Gayat? Ada lah sikit, hihi! Memang tinggi sangat-sangat! Kalau tinggi, makin cantik lah view kat Kuala Terengganu ^_^

Muzium Negeri Terengganu
Ini first time FD pergi Muzium Negeri Terengganu. Terasa macam kembali ke zaman persekolahan pulak. Eh? Haha! FD memang suka bab-bab pergi muzium ni.

Waktu operasi: 9 pagi - 5 petang (setiap hari kecuali hari Jumaat)
Hari Jumaat 9 pagi - 12 tengah hari & 3 petang hingga 5 petang
Harga tiket: WARGANEGARA - RM2 (kanak-kanak) , RM7 (dewasa)
RM1 (pelajar berseragam sekolah)
BUKAN WARGANEGARA - RM10 (kanak-kanak) , RM15 (dewasa)


Oh ya, nak masuk sini ada benda yang kita takbole bawa tau.
Cameras and bags are not allowed!



This is why I love to go to museum!
Suka tengok barang lama/antik ♥

Kebetulan masa kitorang pergi muzium ni, ada pertunjukan ular berbisa.
Untung sesangat, hihi!

Nampak je kecik, tapi berbisa tau!

Gilos! Masukkan ular dalam mulut. Kalau jenis tak berani, memang tempah maut lah jawabnya. Hebat abang-abang yang berani main dengan ular ni!

TTI RIVER Cruise
Bayar RM20 (dewasa) / RM15 (kanak2/warga emas)


Masa ni lah kita dapat tau nama-nama tempat kat area Kuala Terengganu. Macam-macam nama pulau, sungai. Aishh! Macam-macam ada lah! Hehe :D

Taman Monumen / Taman Tamadun Islam
Harga tiket masuk:
Dewasa - RM20
Warga emas (60 tahun keatas) - RM15
Kanak-kanak (7 - 12 tahun) - RM15
Kanak-kanak (6 tahun kebawah) - Percuma

Suka sangat tengok replika masjid ni. Semuanya comel-comel dan cantik :)

Last but no least, kedai batik STR SDN BHD.

Masa ni, semua orang berpeluang untuk canting batik, lepas tu semuanya keluarkan ke-kreatif-an diorang. Eh? Ada ke perkataan cenggitu? HAHA! Langgar je lah.

Thank you Sumai Hotel for this lovely trip ♥
http://sumaihotel.com/

Jangan ketinggalan untuk dapatkan harga istimewa kalau korang nak menginap di Sumai Hotel. Kena mention yang korang pembaca blog FD tau ^_^v
Boleh refer info lanjut di entri
http://www.fatindiana.com/2013/12/hotel-murah-di-kuala-terengganu.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads