Isnin, 6 Januari 2014

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jul 2013 01:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jul 2013 01:30 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jul 2013 01:03 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 17 May 2013 01:50 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ketengah jaya</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Dec 2012 01:36 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Remaja Raikan Ramadan Serentak <b>Di</b> Dua Buah Masjid <b>di</b> Kemaman

Posted: 04 Aug 2012 01:27 AM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.

Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.

Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

<b>Ketengah</b> belanja RM 1 juta bantu golongan kurang mampu ABN <b>...</b>

Posted: 18 Jul 2013 02:48 AM PDT

KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) membelanjakan kira-kira RM1 juta kepada 4,834 penerima sumbangan dari Tabung Amanah Masyarakat Ketengah tahun ini bagi membantu golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya.

Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban kewangan kepada mereka yang berkenaan.

"Jumlah penerima sumbangan juga semakin meningkat berbanding seramai 3,157 orang tahun lalu, 2,610 (2011) dan 1,064 (2010) 2010 dan insya-Allah akan lebih ramai diberi bantuan seiring dengan peningkatan sumbangan dari lima anak syarikat Ketengah.

"Pada tahun ini, sumbangan dimulakan di Cheneh dan akan diadakan di Ajil, Hulu Terengganu, Al Muktafi Billah Shah di Dungun dan Bandar Seri Bandi di sini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 360 penerima bantuan itu di Bandar Baru Cheneh di sini hari ini.

Lima anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam bidang perladangan perlu memberi sumbangan kepada tabung itu mengikut peratusan keuntungan yang ditetapkan pihak pengurusan Ketengah – Ketengah Jaya Sdn Bhd, YTI-Ketengah Perwira Sdn Bhd, Rakyat Ketengah Perwira Sdn Bhd, Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd dan Ketengah Perwira Sdn Bhd.

Ketengah ialah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diperbadankan pada 12 April 1973 dan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

"Selain bantuan untuk ibu tunggal, OKU dan orang miskin, Ketengah juga menyalurkan bantuan kepada pelajar sekolah dari keluarga kurang mampu," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads