ads

Khamis, 2 Januari 2014

13 di pulau bidong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Dec 2013 09:25 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

T E G A N U K I TA: TMT Merdekaraya Dive 2013 <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 26 Aug 2013 09:06 PM PDT

Oleh: Aida Abd Rahman
Gambar oleh Zulkipli Putra

Kerajaan negeri menerusi Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 akan menganjurkan
program `TMT Merdekaraya Dive 2013' di Pulau Bidong, pada 30 Ogos hingga 1 September ini.

 Program julung kali dengan kerjasama Yayasan Coral Malaysia dilaksanakan sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-56 pada 31 Ogos ini dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Sekretariat TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata peserta program bakal menaik dan mengibarkan Jalur Gemilang serta merakam sambutan hari raya di daratan dan dasar laut Pulau Bidong.


"Program bertujuan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-56 dengan menghargai dan memulihara khazanah laut dan darat negara.

"Pada masa yang sama acara itu akan mempromosikan TMT menerusi program konservasi, sekali gus dapat membersih kawasan pantai dan jeti Pulau Bidong yang tidak berpenghuni sejak sekian lama," katanya.

Encik Ahmad Fathil berkata, program ini juga dapat memerkukuh dan mempromosi nilai serta semangat konservasi di kalangan rakyat terutama golongan muda. Menurutnya, kesinambungan dari acara itu pihaknya juga mahu menyediakan forum untuk membincang dan mencambah minda bagi tujuan pembangunan pelancongan di pulau bersejarah itu.

Katanya, peserta dan media dari luar Terengganu dijangka akan bertolak dari Kuala Lumpur sejak 30 Ogos dan sebaik tiba keesokannya, mereka akan berkumpul di Jeti Merang, Setiu sebelum berlepas ke Pulau Bidong, kira-kira jam 11 pagi.

"Kesemua media dan peserta akan mengikuti aktiviti yang disediakan urusetia sebaik sampai di pulau itu seperti dialog, kerja membersih darat dan dasar laut, program mengibar Jalur Gemilang dan bendera TMT serta jamuan merdekaraya.

"Sementera majlis perasmian penutup dijangka akan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Haji Bazlan Abd Rahman yang mewaikili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, sebelum program tamat kira-kira lima jam kemudian dan semua peserta kembali ke jeti Merang," katanya


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Jul 2013 09:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: Kemudahan Asas <b>Di Pulau Bidong</b> Mampu Tarik <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2013 12:40 PM PDT


Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu Mohd Sabri Zakaria berkata walaupun Pulau Bidong bukan seperti pulau peranginan lain di Terengganu, kemudahan asas seperti tandas, pondok rehat dan laluan pejalan perlu dibina kerana ia masih dilawati generasi pelarian Vietnam berkenaan.

"Malah ada juga pelancong tempatan yang datang ke sini untuk menikmati keindahan semula jadi di Pulau Bidong yang masih terpelihara daripada sebarang pencemaran.

"Bagi warga Vietnam pula, kunjungan ke pulau ini bertujuan menziarahi pusara nenek moyang mereka yang menghembuskan nafas terakhir di sini dan mengembalikan nostalgia suka duka kehidupan mereka di pulau bersejarah itu," katanya kepada pemberita pada gotong royong pembersihan kawasan peninggalan pelarian Vietnam di pulau berkenaan, kelmarin.

Mohd Sabri berkata pihaknya akan memberi sokongan kepada kerajaan negeri Terengganu bagi memastikan pembinaan kemudahan asas di Pulau Bidong berjalan lancar.

Seramai 23 sukarelawan berbangsa Vietnam, yang kini warganegara Australia dan Amerika Syarikat, tiba di Pulau Bidong sejak 6 April lepas bagi membersih sekitar kawasan pulau berkenaan. Sukarelawan 'Archieve Of Viatnamese Boat People' itu dibantu 20 sukarelawan tempatan memotong rumput, mengecat semula perkuburan lama Kristian dan Buddha serta membina laluan pejalan kaki di sekitar kawasan perkuburan yang berbukit.

Kira-Kira 250,000 pelarian Vietnam berlindung di beberapa pulau sekitar Asia Tenggara sebelum diterima negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, New Zealand, Sweden, Finland, Denmark dan Norway.

Daripada jumlah itu, kira-kira 9,000 pelarian kembali ke Vietnam dengan bantuan Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR). Selepas Pulau Bidong ditutup pada Oktober 1991, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tidak membenar sebarang pembangunan resort atau hotel bagi memelihara tinggalan sejarah berharga di pulau itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved