Jumaat, 17 Januari 2014

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Ibu Tunggal Mati Dijerut Dalam Kejadian Samun <b>Di Marang</b> <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2014 06:16 AM PST

Seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan jerutan getah paip pada leher di rumahnya di Kampung Baru Sungai Kerak di Marang hari ini.

Mayat Tengku Enong Tengku Muda, 68, ditemui kira-kira pukul 2 petang di dalam bilik air.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, mayat mangsa ditemui jirannya.

"Kita percaya getah paip digunakan untuk membunuh mangsa dan hasil siasatan awal, kita percaya motif kejadian berunsurkan samun," katanya.

Beliau berkata, barang kemas mangsa seperti rantai, gelang tangan serta telefon bimbit turut hilang.

Mangsa dipercayai mengenali suspek kerana tiada kesan selongkar mahupun sepah di dalam kediaman mangsa, katanya.

Adik mangsa Tengku Omar Tengku Muda, 57, berkata beliau terkejut apabila diberitahu kakaknya meninggal akibat dijerut dengan getah paip.

Beliau berkata, kali terakhir beliau berjumpa kakaknya dua hari lepas di surau berhampiran dan sering kali mengingatkan kakak sulungnya itu agar tidak memakai barang kemas.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads