Jumaat, 17 Januari 2014

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Doktor wanita diragut depan rumah <b>di Dungun</b> - berita harian net

Posted: 15 Jan 2014 02:41 AM PST

bm1

Gambar hiasan

DUNGUN – Seorang doktor wanita kerugian kira-kira RM23,000 akibat diragut seorang peragut di halaman rumahnya di Kampung Sura Tengah di sini Ahad lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.50 malam ketika mangsa yang berusia 45 tahun baru pulang dari bertugas di sebuah klinik.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, semasa mangsa keluar dari kereta di dalam perkarangan rumahnya, mangsa didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang terus meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri.

"Mangsa bertindak mengejar suspek namun gagal selepas suspek lari melepasi tembok pagar rumah mangsa dan masuk ke dalam kereta yang sedang menunggu di tepi jalan," katanya ketika dihubungi.

Mangsa turut cedera di kaki kerana mengejar suspek.

Ahmad Zailani berkata polis sedang mengesan suspek. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads