ads

Isnin, 20 Januari 2014

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Tempat Menarik <b>di Kuala Terengganu</b> | Nabila Biela

Posted: 30 Dec 2013 07:45 PM PST

!Assalamualaikum!

Kalau sebut tempat menarik di Kuala Terengganu mesti Masjid Kristal terpampang difikiran korang kan?betul lah tuh, tapi sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Kuala Terengganu yang korang tak tahu tau..haaa di mana? apa? ni lah nak citer ni..hihi..tempat menarik ni lah aku dan 9 blogger lain pergi masa menginap di Sumai Hotel Apartment minggu lepas.

Aku citer dari hari pertama kami kat sana dulu ye? Hari pertama kami disana, kami dibawa oleh pihak pengurusan Sumai Hotel Apartment ke Bukit Panaroma. Hah??Bukit Panorama? okay fine, walaupun aku orang Terengganu, tak pernah aku tahu wujudnya Bukit Panorama ni, biasanya orang tahu Bukit Puteri atau Bukit Besar je kan?fuhhh..excited giler aku masa ni nak tengok Bukit Panorama ni. Rupanya, akat atas ni boleh tengok pemandangan bandar Kuala Terengganu dan pantai, subhanallah sangat cantik pemandangan diatas Bukit Panorama ni.
Lepas je menikmati pemandangan di atas Bukit Panorama, kami terus ke Muzium Terengganu..yuhuuu, sangat hepy masa ni sebab dah lama tak pergi muzium..hehe. Besar sangat Muzium di Terengganu ni dan terdapat banyak citer silam di muzium ni, sangat bagus kalau ajak budak-budak kesini..selain dapat belajar sejarah lama, dapat juga kenal barang-barang lama yang dah lupus pada zaman sekarang.


Kami datang ke muzium pada waktu yang sangat tepat dan sangat bernasib baik, selain dapat tengok barang sejarah yang sangat unik, terdapat pertunjukan ular free sempena cuti sekolah. Memang melompatlah kami sebab hepy sangat dapat tengok pertunjukan ular..wihihi..sangat bahaya dan mencabar..aku yang tengok ni pun rasa ketar lutut.

Pada hari kedua kami disana, kami dibawa pula ke Taman Tamadun Islam (TTI)..owhh tak jauh pun, tak sampai setengah jam kami dah sampai disana. Ala TTI ni lah yang terdapatnya Masjid Kristal, Taman monumen masjid seluruh negara dan banyak lagi. Kalau ke Terengganu tak singgah sini, memang rugiii wa cakap lu beb...oppps..hehehe.

Pagi-pagi disana, kami telah naik bot. Aikk, kenapa tiba-tiba pulak kan naik bot?haha..sebenarnya banyak pakej yang terdapat kat TTI ni haa. Kami ambil pakej naik bot dan ronda-ronda dalam taman monumen..mase ni memang super best, sebab dah lama tak naik bot camni..bukan selalu..hee.


Dah enjoy sakan kami naik bot, nak masuk Taman monumenlah pulak kan. Nak masuk dalam taman ni kena ada pasport merah..errr..ya..pasport, macam kitaorang pegang ni haaaaa.

Kat bawah ni pulak antara monumen masjid yang menjadi tarikan aku, nampak sangat unik bukan??memang banyak lagi masjid di dunia yang terdapat disini. Memang sangat rugi kalo korang tak pergi ke sini, sangat membuka minda dan menambah pengetahuan.



Dah penat meronda di TT1, kami terus pulang ke Sumai Hotel Apartment untuk makan tengahari. Tak abis lagi perjalanan kami, petang tu pula kami ke STR SDN. BHD iaitu tempat buat batik. Disini, kami diberi peluang untuk membuat corak batik kami sendiri, apa lagi..bukan corak batik yang kami ukirkan..tapiiiii...jeng..jeng..jeng.......
Amacaamm?? Banyak kan tempat menarik di Kuala Terengganu?  Jadi jika ke Terengganu, jangan lupa ke tampat-tempat ni tau, dan untuk penginpan boleh menginap di Sumai Hotel Apartment jugak tau. Selesa, best dan yang penting berbaloi-baloi..teheeee.

p/s: seronok sangat pergi kesana bersama kawan-kawan blogger, bilalah dapat pergi lagi T_T

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved