ads

Selasa, 10 Disember 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


TAXI DRIVERS MIND: Memajukan Industri Teksi <b>di Terengganu</b>

Posted: 02 Dec 2013 09:11 PM PST


Pada 28 November 2013, saya bersama 2 orang rakan dari Koperasi Pemandu Teksi Terminal 3, Subang Bhd. dijemput ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk berbincang mengenai langkah-langkah bagi memajukan industri teksi di Terengganu. Dimaklumkan perkhidmatan teksi di sini banyak bergantung kepada pelancong yang datang melawat dan pekerja asing. Kewujudan kereta sapu memburukan lagi keadaan.

Melalui carian di Google, perbincangan dengan pihak UMT dan sesi lawatan ke beberapa perhentian teksi di Kuala Terengganu, saya menemui beberapa maklumat seperti berikut;-
  1. Bilangan penduduk Negeri Terengganu sekitar 1.1 juta orang (statistik 2010).
  2. Statistik dari sumber JPJ menyatakan bilangan teksi (kereta sewa) yang didaftar di Terengganu pada tahun 2010 ialah sebanyak 1127 buah.
  3. Kebanyakan teksi adalah kenderaan yang agak baru serta dicat dengan warna yang menarik (Kerajaan Negeri Terengganu menyumbangkan RM10,000.00 bagi setiap teksi untuk tujuan membaiki dan mengecat badan teksi).
  4. Tiada permit syarikat di sini (semuanya permit individu).
  5. Rata-rata pemandunya berusia 50-an ke atas, tetapi nampak masih segak, kemas dan sihat-sihat.., :-)
  6. Di seluruh Terengganu, terdapat lebih 11 buah perhentian teksi yang diuruskan oleh persatuan atau koperasi pemandu dan dilengkapi dengan nombor telefon untuk dihubungi.
  7. Saya tidak bertemu dengan teksi yang menggunakan NGV, katanya sebab kedai yang memasang NGV hanya ada di Kemaman (jauh dari Kuala Terengganu).
  8. Pemandu di sini agak tidak terbuka untuk mendedahkan pendapatan harian mereka. Kerata akhbar yang saya jumpa ada yang menyebut mereka hanya mendapat RM30 sahaja sehari. Dari perbualan dengan rakan-rakan pemandu di stand teksi, ada yang mengatakan antara RM60 hingga RM300 bergantung kepada musim cuti.
  9. Berdasarkan maklumat dari laman facebook "TerengganuKu", kadar tambang teksi agak rendah bagi perjalanan jauh, tetapi mahal bagi perjalanan dekat. Contohnya tambang bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun (jarak 84 KM) ialah RM80 tetapi bagi perjalanan dari Kuala Terengganu ke Taman Tamadun Islam dikenakan caj RM20 walaupun jaraknya hanya lebih kurang 3 KM.
Berdasarkan maklumat di atas, saya merasakan punca pengguna tempatan amat kurang menggunakan perkhidmatan teksi ialah kerana kadar tambang bagi perjalanan domestiknya yang tinggi. Faktor ini juga menyebabkan kereta sapu menjadi pilihan pengguna domestik. Kadar yang lebih munasabah bagi perjalanan sejauh 3KM ialah antara RM7 hingga RM9 sahaja berbanding RM20 sekarang ini.
Saya tidaklah berkebolehan membuat kajian serta cadangan terperinci mengenai perkara ini, namun rasanya untuk meng"hidupkan" teksi di Terengganu, kita perlu pastikan pengguna domestik mampu menggunakan perkhidmatan ini untuk urusan seharian mereka (lebih kerap). Sekiranya dianggarkan 5% dari keseluruhan (1.1 juta) penduduk Terengganu adalah pengguna perkhidmatan teksi serta mereka (secara purata) mampu meningkatkan kekerapan penggunaan teksi kepada 2 kali seminggu, ia sudah mampu mewujudkan 440,000 perjalanan teksi sebulan. Jika purata tambang bagi perjalanan ini ialah RM8.00, maka ia akan memberikan pendapatan sebanyak RM3.52 juta kepada 1127 pemandu (purata RM3123 sebulan seorang). Pendapatan ini tidak termasuk dari penggunaan teksi oleh pelancong yang berkunjung pada musim-musim tertentu.
Sekiranya maklumat yang saya kumpul di atas adalah benar dan langkah pengurangan tambang mampu mengatasi kesuraman industri teksi di sini, maka cabaran paling besar ialah untuk melaksanakannya. Bukan senang nak minta pemandu yang dah biasa dapat RM20/trip untuk turunkan kepada RM8.
Untuk melaksanakan idea ini, antara langkah yang perlu dibuat ialah;-
  1. Bekerjasama dengan koperasi pemandu teksi yang beroperasi di perhentian teksi yang bersesuaian (tempat tumpuan penumpang),
  2. Dapatkan bantuan atau subsidi dari Kerajaan Negeri / Petronas bagi memasang peralatan NGV (supaya kos petrol dikurangkan),
  3. Laksanakan sistem tambang berkupon yang dikendalikan koperasi pemandu (untuk tujuan penyeragaman tambang),
  4. Promosi serta kerjasama bersepadu dengan semua agensi, dan
  5. Mewujudkan pusat perkhidmatan tempahan teksi melalui telefon/online. 
Insya Allah, kejayaan dengan sebuah koperasi pemandu ini akan mudah diikuti oleh persatuan/koperasi pemandu yang lain di seluruh Terengganu. Wallahu A'alam.

Kejam! Orang Islam <b>di</b> Tindas oleh Pentadbiran <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 30 Nov 2013 09:19 PM PST

Aku di fahamkan oleh Khalifatulmujahid Mu'min
Syarikat SABASUN 100% milik Melayu Islam...sentiasa salur dana kepada Palestin... sekrang syarikat ini berdepan kemungkinan akan dijatuhkan oleh tangan-tangan 'JAHAT'... semoga ALLAH menjatuhkan golongan TAMAK dalam kerajaan..
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana member kesempatan dan ruangan kepada saya untuk sama-sama berkongsi tentang cabaran dan ujian yang terpaksa kami usahawan anak negeri hadapi dengan bermacam-macam kerenah birokrasi untuk maju ke hadapan.
Dan antaranya ialah, izinkan saya bercerita daripada awal. Sabasun mula ditubuhkan pada tahun 1995 bermula dengan kedai kecil dua pintu, kemudian dengan izin Allah dengan sokongan pelanggan daripada rakyat negeri Terengganu, pada tahun 1999, kami telah mengusahakan sebuah bangunan baru sebelah kedai lama tersebut iaitu bangunan yang ada sekarang di Sabasun1 di Bukit Kecil.
Jadi, semasa proses pembinaan bangunan tersebut berlaku, dibelakang bangunan yang terdapat parking percuma sekarang ini. Merupakan sebuah paya pada satu masa dahulu. Paya yang luasnya lebih kurang 1 hektar suku, yang mana pada waktu itu, kami pergi rujuk kepada pejabat tanah, pihak kerajaan tidak punya apa-apa idea untuk membangunkan paya tersebut.
sabasun 1Maka sebab itu, sebagai anak negeri Terengganu, usahawan negeri, kami rasa kami perlu untuk kemohon kepada kerajaan negeri untuk membeli tanah tersebut supaya kami dapat mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain member kemudahan kepada pelanggan dan orang ramai dari segi parking percuma.
Malangnya, selepas 3 kali kami memohon, permohonan kami terus ditolak dan ditolak. Dan pada itu, MBKT masuk di tengah, pun nak berebut tanah yang sama. Sepatutnya pihak berkuasa tempatan menjadi fasilitator iaitu pemudah cara kepada kami peniaga, bukannya menjadi 'compretitor', berebut tanah yang 1hektar tu, nak juga.
Padahal tanah lain pun rasa banyak lagi. Kenapa berebut tanah belakang tu hok 1 kektar itu. Oleh kerana, kami nak guna sangat tanah tu, MBKT panggil kami, dia cakap, "kalau kami jual pada kamu, dapat guna 1 kali je, kalau kami sewakan kepada kamu, kami dapat makan yang panjang". Itu jawapan dia. Tidak ada langsung sikap untuk menyokong anak tempatan.
Tetapi lebih kepada menindas. Nak, tak nak, kami terpaksa terima tawaran itu kerana kami nak guna sangat tanah itu. Parking merupakan nadi kepada mana-mana perniagaan. Kalau tak ada parking itu bukan kedai namanya. Walaupun besar dan comel mane pun kedai itu. Tak ade parking, taka de guna kedai itu. Jadi, disebabkan oleh itu, kami sanggup membayar RM4,000 sebulan kepada MBKT semata-mata untuk bagi ruang parking yang percuma kepada orang awam. Dan pada waktu kami memohon untuk membeli tanah tersebut, pada tahun 2000 tanah itu bernilai RM360,000.
Dan pada hari ini, kami menyewa tanah itu lebih setengah juta ringgit kepada MBKT. Dan lebih teruk daripada itu, tanah itu tak boleh dibuat apa-apa hanya untuk parking sahaja. Kami tak dapat tambah ruang kadai, kami tak dapat tambah bangunan. Sebab itu, kami terpaksa sambung sana, sambung sini sebab tak cukup tanah. Nak berniaga tiada tanah. MBKT sepatutnya menyokong kami. Kalau MBKT tidak berebut tanah dengan kami, sudah pasti kami dapat tambah ruang dan bangunan baru, kami dapat menyediakan peluang pekerjaan anak negeri. Mereka sepatutnya melihat secara keseluruhan. Bukan secara pentingkan diri dan berebut dengan rakyat. Nak ambil untung sahaja pada rakyat. Sudah tentu kami nak memulakan perniagaan secepat mungkin. 'In other', nak saing persaingan yang ditimbulkan oleh syarikat lain.
Jadi, bangunan siap, normal pegawai MBKT akan datang buat pemeriksaan untuk memberi CF kepada kita. Selepas 2 minggu, kami menunggu banguna yang kosong itu, pihak MBKT tidak datang untuk buat pemeriksaan. Kami terus berhubung dengan pihak MBKT, hantar surat.masuk kerja minggu, tidak hantar juga. Sedangkan masa itu emas tuan-tuan, kami masih menunggu.
Kami ada dua pilihan , masih menunggu atau mati. Kami terpaksa masukkan juga barang. Masa tidak boleh dibuang begitu saja. Masa itu emas, kerana pelaburan yang begitu berjuta-juta sudah dibuat. Kami baut keputusan untuk tidak membuang masa, masukkan barang dulu. Disebabkan barang yang telah dimasukkan, pihak MBKT menggunakan alasan, oleh kerana kami dah masukkan barang , mereka tidak boleh buat pemeriksaan.
Sampai hari ini, 12 tahun sudah tak ada CF. walaupun ketiadaan CF, pihak kami tidak berniat sama sekali untuk engkar pada pihak berkuasa, kami terus berbincang dengan pihak MBKT. Bagaimana kami nak dapatkan CF walaupun apa-apa syarat yang dikenakan. Selepas berbincang beberapa kali, pihak MBKT membuka ruang kembali, dengan mengenakan syarat-syarat tambahan. Kena ikut syarat-syarat tersebut, mungkin kami boleh bagi CF untuk anda.
Untuk itu, kami terus berusaha-berusaha dan ikut. Sebab itu, 17 tahun yang lepas kami tidak pernah gagal untuk memperbaharui lesen. Lessen berniaga, kenapa untuk kali yang ke 18 ini, kami tidak dapat memperbaharui? Dengan alasan CF, sedangkan mereka tahu benda ini dalam proses. Sedang dalam perbincangan. Pihak kami sedang ambil langkah-langkah yang hati-hati untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Kami sedang buat, contohnya, bomba kata, kami kena ada 1 lagi tangga u8ntuk setiap kedai. Kami sanggup buat, walaupun kos tangga RM60,000.
Bomba cakap lagi, lantai kamu punya stor kamu pakai lantai kayu. Mungkin takut kebakaran. Kami tukar semua lantai. Tukar lantai 120 ribu. Tukar lantai sahaja. Pihak bomba faham, untuk buat kerja-kerja sebegini memakan masa. Mereka juga mengutus surat kepada kita untuk memberi tempoh. Benda-benda ini dalam proses. Kenapa tiba-tiba MBKT pergi sekat lesen. Sekat pula dengan cara yang sangat pelik, bila kami datang nak memperbaharui lessen, kerani dia cakap, lessen anda untuk tahun ini tidak dapat diperbaharui. Kenapa?. Jawab dia, kerana bos saya telefon, suruh 'block'.
Tidak ada surat, tidak ada kertas hitam putih sehingga hari ini. Setahun doh. Berniaga kacang putih tepi jalan pun ada surat berniaga. Tidak mungkin berniaga pasaraya kene sekat macam tu je. Sedangkan kami membuka pekerjaan kepada 400 orang pekerja anak negeri Terengganu. Tak ada 'Bangla', tak ada 'Nepal' seorang pun kat sabasun ini. Tidak seperti itu lagi, perkara ini terus dibangkitkan sehingga pada hari ini. Jadi, hanya kami tiada lesen, kepada tuan-tuan, isu lesen hanyalah kecil. Pihak kami tidak henti-henti diugut. Pihak kami tidak pernah dihenti-henti dicari kesalahan untuk dihukum.
sabasun 2Saya bagi contoh kepada tuan-tuan, pada tahun 2007. Merupakan tahun yang sangat-sangat mencabar kepada kami. Apabila pihak kerajaan negeri bersetuju untuk membangunkan Giant dan Mydin sekaligus hanya 400 meter dari kedai kami. Perdana menteri bercakap tentang 'blue ocean strategy' . kami dah buat, tapi tiba-tiba giant dan mydin dibuat 'red ocean'. Kami terpaksa berlawan kedai depan mata. Selama 4 tahun kami bertahan 0% keuntungan bersih, berlawan dengan giant dan mydin. Berkat sokongan pelanggan, pembekal, kami mampu bertahan selama 4 tahun.
Selepas 4 tahun bertahan, baru boleh bernafas sikit, cari kat wakaf tembesu. Kami sampai kat sini, asalnya paya, gelap. Tak ada orang kat sini. Kami meneroka tempat ini, sedikit demi sedikit. Bermula dari tahun 2007. Sikit demi sedikit, bila tempat dah naik comel. Bagi peluang kepada 150 orang anak Terengganu kat sini. Tiba-tiba, nak buat bangunan baru kat sini, pihak kerajaan cakap, tanah kami 10 hektar ini akan diambil balik oleh kerajaan atas alasan nak buat Bandar baru perkasa alam. Tanah kami ini akan dibagi kepada orang asing untuk dibangunkan.
Saya difahamkan, Sabasun akan dihalau keluar, 'Jaya Jusco' akan bertandang atas tanah kami. Ini yang dikatakan Menang sorak, kampong tergadai, kami anak tempatan, usahawan negeri. Seperti ayam dikepok mati kelaparan, itik di air mati kehausan. Ini akan berlaku seterusnya kepada anak cucu kita, kalau kita tak melakulan apa-apa pada hari ini tuan-tuan. Sekian, terima kasih.
*** Ucapan penuh pengusaha dan pemilik Sabasun Hyperruncit, Che Salmi, pada program 'Lepak santai' anjuran NGO Ganti, Jumaat 29 November, 2013, di perkarangan Sabasun 2 Wakaf Tembesu.

Mangsa banjir <b>di Terengganu</b> menurun kepada 6,758 orang

Posted: 06 Dec 2013 09:24 PM PST

GELAGAT mangsa banjir yang membawa anaknya mengunakan pelambung setelah banjir mulai surut di Taman Rakyat Jaya, Dungun, Terengganu hari ini. - UTUSAN

KUALA TERENGGANU 7 Dis. - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu menurun kepada 6,758 orang pagi ini berbanding 7,167 orang malam tadi manakala Kuala Terengganu pula menjadi daerah terbaharu dilanda banjir.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, sebuah keluarga mengandungi enam orang dari Kuala Terengganu dipindahkan 9.30 malam tadi di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Felda Belara, setelah kawasan rumah mereka dinaiki air.

Secara umumnya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di beberapa kawasan yang terjejas di negeri ini mula berkurangan dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing semalam.

Di Dungun, jumlah mangsa di pusat pemindahan menurun kepada 4,101 orang daripada 1,000 keluarga apabila hampir 240 orang dibenarkan pulang lewat malam tadi.

Bagaimanapun mangsa di Kemaman pula masih kekal 2,450 orang daripada 595 keluarga.

Mangsa di daerah Hulu Terengganu dan Marang juga kekal seperti semalam iaitu 157 (39 keluarga) di Hulu Terengganu dan 44 (15 keluarga) di Marang.

Sehingga kini, sebanyak 1,650 keluarga telah dipindahkan ke 67 pusat pemindahan. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved