ads

Khamis, 12 Disember 2013

13 di kemaman - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Banjir terburuk pernah berlaku <b>di Terengganu</b> | Terengganu Today

Posted: 10 Dec 2013 04:32 PM PST

Tanah runtuh di Taman Kirana Kuala Berang.

Banjir di Terengganu kali ini sememangnya memberi 'mimpi buruk' buat sebahagian daripada rakyat negeri ini.

Dilihat sebagai banjir paling buruk yang melanda negeri ini dengan pelbagai insiden kerosakan demi kerosakan berlaku, termasuk hujan luar biasa yang terjadi 100 tahun sekali di Kemaman, ia nyata memberi kesan yang cukup besar.

Malah, banjir kali ini turut menyebabkan daerah Kemaman lumpuh buat seketika, sehingga bekalan makanan terputus serta berlaku kejadian di luar jangkaan.

Ekoran bencana itu, Jambatan Sungai Limbong, Chukai, runtuh manakala kepala Jambatan Kuala Kejir, Hulu Terengganu hampir putus dan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan.

Selain itu ratusan kenderaan rosak akibat ditenggelami air, premis, gerai dan rumah pula rosak teruk menyebabkan penduduk menanggung kerugian yang bukan sedikit.

Terbaru, dalam kejadian hujan lebat semalam, lima daerah dinaiki air dengan hanya Besut dan Kuala Terengganu bebas daripada banjir.

Jalan di Taman Kirana, Kuala Berang turut rosak akibat mendapan dan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan, semalam.

Sehingga jam 7 petang semalam, portal banjir negeri Terengganu mencatatkan seramai 14,320 mangsa ditempatkan di 71 pusat pemindahan melibatkan lima daerah, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu.

Angka itu menunjukkan, jumlah mangsa banjir di Terengganu sedikit menurun berbanding kelmarin, seramai 14,609 mangsa, walaupun hujan lebat melanda negeri itu, semalam.

Kemaman dan Marang turut mencatatkan penurunan jumlah mangsa banjir, masing-masing 10,894 mangsa di 31 pusat pemindahan dan 2,487 mangsa di dua pusat pemindahan.

Keadaan banjir di hadapan Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Hulu Terengganu semalam.

Manakala Dungun pula mencatatkan hampir 50 peratus peningkatan mangsa berbanding semalam yang hanya 1,251 orang, menjadikan 2,502 mangsa daripada 650 keluarga di 16 pusat pemindahan.

Hulu Terengganu pula mengalami banjir gelombang kedua apabila mangsa terakhir dibenarkan pulang Ahad lalu, kembali diarahkan berpindah apabila air naik mendadak.

Seramai 790 mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan di Hulu Terengganu manakala Setiu mencatatkan sejumlah 113 mangsa daripada 33 keluarga dipindahkan di dua pusat pemindahan.

Sementara itu, dua sungai berada pada paras berbahaya iaitu Sungai Dungun di Kuala Jengai dan Sungai Telemong di Kuala Ping.

Sembilan lagi sungai dicatatkan pada paras berjaga-jaga, (Kemaman) – Sungai Tebak di Jambatan Tebak, (Dungun) – Sungai Dungun di Jambatan Jerangau, (Marang) – Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, (Hulu Terengganu) – Sungai Berang di Kampung Menerong, (Setiu) – Sungai Setiu di Kampung Besut, Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Nerus di Kampung Langkap, (Besut) – Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La.-sh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved