13 di jerteh - Google Blog Search |
Lunch <b>Di Jerteh</b> Restoren Citarasa Ummi | Syira Posted: 03 Nov 2013 06:36 AM PST Menyediakan Masakan Selera Kampung, Laksa, Laksam, Nasi Berlauk, Masakan Panas dan Pengat yang boleh dipilih mengikut selera kita sendiri. Sekitar Restoren Citarasa Umi Jerteh Gambar dari pintu masuk Restoren Citarasa Umi Jerteh. Oleh kerana tidak banyak kedai makan tengahhari di sekitar Jerteh, Restoren Citarasa Umi adalah salah satu kedai makan pilihan ramai kepada mereka yang terpaksa lunch di luar. Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 1 Antara senarai menu makanan yang di sediakan untuk pilihan makanan. Senarai harga juga ada dipaparkan. Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 2 Tempat memilih menu makanan nasi berlauk yang di hidangkan. Insyallah lauk yang disediakan memang sedap dan enak di makan. Lebih baik daripada tidak boleh makan langsung. hehe Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 3 Antara lauk-lauk yang masih berbaki. Kebanyakkan lauk sudah habis kerana sudah lewat. Namun, masih boleh memilih lauk-lauk yang sedap dimakan. Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 4 Keadaan di dalam Restoren Citarasa Umi secara keseluruhannya. Kedai memang bersih dan susunan meja juga kemas. Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 5 Cermin besar yang diletakkan di dinding supaya kedai kecil nampak besar. Dinding juga dihias indah. Penuh dengan gambar-gambar menu yang menarik. Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 6 Antara menu-menu makanan yang mengiurkan hati di paparkan di dinding. Memang memikat hati. Nasib baik hanya gambar, kalau makanan betul, memang mengalir juga air liur di buatnya. Lunch Di Jerteh Restoren Citarasa Ummi 7 Tidak sukar untuk mencari Restoren Citarasa Umi di Jerteh ini, kerana Restoren ini berada bersebelahan dengan kedai barangan kek dan bakery iaitu Ekoko Enterprise. Di mana sebelahnya pula ada kedai menjual barangan jahit iaitu Kedai Zigzag. Kalau sudah nampak salah satu kedai tersebut, cari sahaja Restoren Citarasa Umi, anda pasti akan menjumpainya. Gambar makanan yang syira makan lupa nak snap sebab terlalu lapar ketiku itu. Harga lunch di Restoren Citarasa Umi ialah Rm16.50, dimana syira telah memilih ikan keli, pari singgang, ayam goreng, dua nasi putih, teh ais dan air jagung selasih. Kiranya murah dah kot. Satu yang tak besh, ketika suami pergi bayarkan makanan, syira lihat mereka menggunakan terbus atau skaf terpakai untuk lap meja tempat lauk. Rasa macam tak comel lah kan. Sebab kat rumah pun syira tak buat macam tu. |
You are subscribed to email updates from di jerteh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan