ads

Ahad, 29 Disember 2013

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Peniaga cedera ditembak perompak <b>di</b> Kuala <b>Besut</b> - Harakah Daily

Posted: 29 Dec 2013 02:19 AM PST

BESUT: Seorang peniaga nyaris maut akibat ditembak dua lelaki yang merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut semalam.
    
Mangsa hanya luka di perut dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.
    
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.55 petang apabila suspek yang menaiki motosikal menyerbu premis tersebut.
    
Mereka mengacukan pistol ke arah tiga pembantu kedai dan mengarahkan ketiga-tiga wanita berkenaan memasukkan telefon yang dipamer di premis itu ke dalam beg plastik yang dibawa para perompak, katanya.
    
Beliau berkata kejadian itu disedari seorang peniaga kedai makan yang terletak besebelahan kedai telefon itu yang cuba membantu, tetapi telah diacukan pistol oleh para perompak.
    
Kamaruddin berkata para perompak itu melepaskan tembakan ke arah peniaga berkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikal mereka yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.
    
Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis yang dirompak itu, katanya.

Polis kenal pasti geng tebuk kedai emas <b>di Besut</b> ABN News | BM

Posted: 25 Dec 2013 02:24 AM PST

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengenal pasti kumpulan suspek warga asing yang terlibat dalam kes samun dengan menebuk dinding kedai emas di Jalan Bukit Mok Mek Besut Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan kumpulan dianggotai empat hingga enam lelaki itu yang turut terlibat dalam kes samun di sebuah pasar raya di Hulu Terengganu Ogos lepas.

"Kita tidak menolak kemungkinan kumpulan ini turut terlibat memecah masuk sebuah pasar raya dengan cara sama iaitu menebuk dinding dan kita sedang giat mengesan kesemua suspek yang terlibat.

"Hasil siasatan awal kita juga memperoleh lakaran wajah kesemua suspek dan percaya kesemua suspek yang berusia 20 hingga 30 tahun itu masih bersembunyi dalam negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi kumpulan ini menyasarkan kedai di kawasan terpencil dan tidak sibuk yang mana suspek akan membuat tinjauan dan mengenal pasti kedudukan peti besi terlebih dahulu sebelum memecah masuk kedai itu.

"Kumpulan ini sangat profesional, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menebuk dinding serta melarikan barangan berharga di kedai yang menjadi sasaran mereka," kata Manoharan.

Isnin lepas, pemilik kedai emas di Jalan Bukit Mok Mek Besut kerugian setengah juta ringgit selepas kedainya dipecah masuk perompak yang meloloskan diri melalui dinding yang ditebuk dari kedai barangan plastik bersebelahan.

Penjenayah berkenaan memasuki kedai barangan plastik itu melalui lubang sisip angin tandas sebelum melakukan kerja mengorek antara 8 malam hingga 2 pagi pada dinding belakang kedai berkenaan.  - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved