Jumaat, 15 November 2013

13 di pulau bidong - Google Blog Search

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Harta karun berusia ratusan tahun ditemui <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 05 Aug 2013 01:17 PM PDT

harta karun ditemui di terengganu

#Harta karun di Pulau Bidong Terengganu

Kuala Terengganu – Sepasukan penyelam tempatan menemui 'harta karun' berupa artifak dipercayai berusia lebih 100 tahun di perairan Pulau Bidong, Terengganu.

Artifak itu dikesan sejak pertengahan Mac lalu dan sudah dimaklumkan kepada Muzium Negeri Terengganu yang kini sedang mengumpul maklumat mengenainya.

Menurut pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah, artifak itu merupakan tinggalan kesan penting dari segi persejarahan bermulanya ketamadunan negeri Terengganu.

"Sebelum ini, kita menjumpai artifak-artifak seumpama ini dalam sebuah kapal di perairan Dungun," katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta jasa baik orang ramai terutamanya penyelam tempatan untuk membantu kerajaan negeri mencari artifak lain yang mungkin masih tertanam di kawasan tersebut memandangkan ianya pernah menjadi tempat laluan pedagang luar.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads