Sabtu, 16 November 2013

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Kedai runcit 24 jam dirompak lima minit <b>di Chukai</b> | Terengganu Today

Posted: 13 Nov 2013 09:54 PM PST

Kedai runcit 24 jam dirompak pada jam 3 pagi.

Kedai runcit 24 jam dirompak pada jam 3:48 pagi.

Dua pekerja kedai serbaneka 24 jam, dekat Chukai, melalui detik cemas apabila diacu parang panjang dan pisau pemotong daging oleh lelaki bertopeng dalam kejadian samun di premis itu, kira-kira jam 3.48 pagi, semalam.

Rompakan bersenjata itu menyebabkan kedai berkenaan menanggung kerugian kira-kira RM2,600 apabila wang tunai sebanyak RM2,005 di dalam laci dan sejumlah rokok dilarikan tiga penyamun.

Pekerja kedai, Norhayati Muhammad, 25, berkata, ketika kejadian, hanya dua rakan sekerjanya, Mahirah Zakaria, 21, dan Khairu Anwari Mamat, 22, sedang bertugas, sebelum tiga lelaki berusia lingkungan 23 hingga 25 tahun masuk ke dalam kedai, sementara seorang lagi lelaki menunggu dalam kereta di luar kedai.

Menurutnya, dua daripada penjenayah terbabit memakai topeng muka kain, manakala seorang lagi menutup mulut dengan sapu tangan berwarna hitam dan memakai sarung tangan.

"Ketika masuk, seorang daripada penyamun itu terus meluru ke arah Khairu yang waktu itu sedang berehat dan duduk di atas kerusi bersebelahan kaunter juruwang lalu mengacukan parang pada lehernya.

"Mira (nama panggilan Mahirah) yang berada di kaunter juruwang pula terpinga-pinga kerana dua lagi lelaki berada di depan dan sebelah kanannya," katanya.

Norhayati berkata, lelaki yang berada di depan rakannya itu mengacukan pisau pemotong daging, sementara seorang lagi suspek meletakkan beg sandang yang dibawanya di atas kaunter lalu mengarahkan rakannya memasukkan rokok dan wang ke dalam beg berkenaan.

Norhayati Muhammad melakonkan semula kejadian rompak yang berlaku.

Norhayati Muhammad melakonkan semula kejadian rompak yang berlaku.

Katanya, rakannya hanya sempat memasukkan kira-kira 15 kotak rokok pelbagai jenis kerana suspek mengarahkan pula dia mengeluarkan duit.

"Kebetulan ketika kejadian, mesin wang kedai ini rosak dan bekas duit diletakkan dalam laci berkunci, jadi salah seorang suspek mengarahkan rakan saya memasukkan bekas wang itu dan telefon bimbit jenis Samsung miliknya ke dalam beg.

"Kejadian berlaku lima minit sahaja, selepas dapat duit dan rokok, mereka meluru keluar dari kedai dan melarikan diri menaiki kereta  Perodua Myvi," katanya.

Norhayati berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kereta itu pada awalnya berhenti di penjuru bangunan kedai dan kemudian menunggu rakan mereka di kedai keropok bersebelahan kedai berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suz Che Hitam berkata, cap jari di lokasi kejadian gagal dikesan kerana penjenayah tidak menggeledah premis itu.

"Kedua-dua mangsa tidak dapat mengecam muka semua suspek dan hanya boleh memberikan diskripsi fizikal. Daripada percakapan, suspek bercakap loghat Terengganu. Kita akan melakukan siasatan lanjut menerusi rakaman CCTV.

"Semua mangsa juga tidak cedera. Laporan polis kemudian dibuat di Balai Polis Chukai kira-kira jam 4.39 pagi dan polis kini sedang mengesan kesemua suspek," katanya.-sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads