ads

Sabtu, 19 Oktober 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


tiaranita terengganu berbakti <b>di seberang takir</b>

Posted: 16 Sep 2013 06:04 PM PDT

Semangat bersatu padu ahli Tiaranita Terengganu,ditonjolkan dalam gotong royong memasak  bersama-sama masyarakat Kampong Seberang Takir Pantai pada 14 September 2013. Kerjasama bersama masyarakat ini dilaksanakan dalam Program Gotong Royong 1TM & Pelancaran Program Sukarelawan TM yang di rasmikan oleh YB. Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman, ADUN Seberang Takir , merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa  Sains danTeknologi , Alam Sekitar,  Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Negeri, YBhg. Dato' Sri Dr.Halim Shafie, Pengerusi TM dan Haji Hamidun Ismail , Pengurus Besar Negeri TM Terengganu.
Lebih kurang 500 orang masyarakat kampung dan warga TM hadir di Program Gotong Royong 1TM yang diadakan serentak melibatkan warga TM seluruh negara. 
Semoga semangat bersatu padu ini akan berterusan, dan menjadi satu aktiviti dibawah Biro Sahsiah dan Intelektual di bawah kepimpinan Puan Hajah Siti Salwah Haji Ahmad , Presiden Tiaranita Cawangan Terengganu.

UMNO <b>Seberang Takir</b> korban 11 ekor lembu – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 16 Oct 2013 02:51 PM PDT

Posted on October 17, 2013, Thursday

DAGING KORBAN: Ahmad Razif (tengah) melihat beberapa penduduk bergotong-royong melapah daging korban pada majlis Korban Perdana di pekarangan Hotel Tabung Haji di Kuala Terengganu semalam. — Gambar Bernama

KUALA TERENGGANU: UMNO Seberang Takir semalam mengadakan ibadah korban 11 ekor lembu yang di-uruskan komuniti kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata ini merupakan tahun keenam UMNO Seberang Takir mengadakan ibadah korban, sebahagian daripada daging korban itu untuk diagihkan kepada umat Islam fakir miskin setempat.

"Bagi memudahkan peng-agihan, pihak kita telah meng-agihkan kupon kepada 1,100 fakir miskin dari 22 kampung di DUN ini, setiap kampung puratanya kita pilih 50 orang akan terima daging korban.

"Manakala sebahagian daging lembu korban akan dimasak oleh tukang masak Tabung Haji Hotel & Convention Centre sebagai juadah tengah hari untuk dijamu kepada semua warga DUN Seberang Takir di dewan hotel ini," katanya kepada pemberita selepas majlis korban di hotel itu sempena Aidiladha di sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Ahmad Razif yang juga merangkap ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir itu turut melibatkan lebih 100 warga tempatan serta petugas Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Center Terengganu.

Sementara itu Pengurus Besar TH Hotel & Convention Centre Malizan Zakaria berkata pihaknya akan memberi dan menunaikan komitmen berterusan dalam program korban seumpama ini sebagai Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR) memandangkan hotel tersebut baru mula beroperasi tahun ini.

Katanya, ibadat korban yang diadakan secara gotong-royong itu bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan agama tetapi untuk mengeratkan hubungan silaturahim. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved