ads

Sabtu, 19 Oktober 2013

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Lelaki terlibat 10 kes ragut <b>di Dungun</b> berjaya ditangkap <b>...</b>

Posted: 14 Oct 2013 01:54 AM PDT

Barang yang berjaya dirampas dari peragut itu.

Barang yang berjaya dirampas dari peragut itu.

Tindakan seorang peragut menyimpan hasil kegiatan jenayah ternyata membawa padah apabila memudahkan pihak polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes ragut di sekitar bandar ini sejak Ogos lalu.

Suspek berusia 27 tahun dan tidak bekerja ditahan kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat lalu di Kampung Alor Tembesu ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, setelah diperiksa, polis menemui dompet dan dua unit telefon bimbit bersama suspek.

"Siasatan lanjut membawa kepada penemuan sebuah kotak mengandungi beberapa beg tangan wanita, dompet, telefon bimbit dan dokumen peribadi milik mangsa ragut di bawah rumah suspek," katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Ahmad Zailani, suspek turut mengaku melakukan jenayah itu dengan menyasarkan wanita yang menunggang bersendirian dan meletakkan beg tangan dalam bakul motosikal.

"Selain itu, suspek turut bertindak nekad dengan meragut pejalan kaki termasuk di lokasi tumpuan ramai," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan dan suspek yang disahkan positif dadah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Sementara itu, menurut Ahmad Zailani, pihaknya berjaya mematahkan kegiatan pecah masuk dua buah tadika di Ketengah Jaya dekat sini yang berlaku pada 28 September dan 9 Oktober lalu selepas menahan seorang lelaki berusia 23 tahun Khamis lalu.

"Suspek ditahan di rumahnya di Felda Kerteh 4 dan polis berjaya menemukan semula sebuah projektor dan alat pemain cakera video digital yang dicuri dari kedua-dua tadika berkenaan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek kini ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.-utusan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved