ads

Selasa, 15 Oktober 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Selekoh tajam tunggu mangsa <b>di Kuala Berang</b> | Terengganu Today

Posted: 07 Sep 2013 08:05 PM PDT

Kereta mangsa terbabas ke dalam semak.

Kereta mangsa terbabas ke dalam semak.

Belum pun cukup seminggu kemalangan melibatkan Perodua Kancil terbabas hingga hampir merempuh bengkel pemprosesan santan, kejadian sama berulang semalam membabitkan sebuah Toyota Vios.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa merupakan pemandu wanita berusia 47 tahun berasal dari Kuala Terengganu.

Jarak lokasi kemalangan tidak begitu jauh dengan kawasan Perodua Kancil terbabas, Rabu lalu.

Difahamkan dalam kejadian semalam, mangsa, seorang guru di sebuah sekolah rendah di daerah ini memandu dari arah Kuala Berang menghala ke Sekayu dan dipercayai hilang kawalan sebaik sahaja melalui satu selekoh.

Akibatnya, kenderaan dipandu mangsa terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum merempuh belukar.

Mangsa kemudiannya dibantu orang awam keluar dari kereta sebelum dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi mendapatkan rawatan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Mohd Zamri Muda berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.36 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota.

"Tiba di lokasi, didapati mangsa sudah pun berjaya dikeluarkan. "Kemalangan itu dipercayai berlaku setelah kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas selepas melalui satu selekoh tajam di kawasan berkenaan," katanya, di sini, semalam.

Sinar Harian semalam menyiarkan cadangan JKKK Tanjung Putat agar pihak berkenaan dapat mengambil langkah keselamatan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan di kampung tersebut.

Mengulas lanjut kejadian kemalangan semalam, Pengerusi JKKK Tanjung Putat, Hadillah Salleh berkata, walaupun berlaku di lokasi berlainan, namun ia tetap membabitkan kes kemalangan dan sewajarnya tindakan segera perlu dilaksanakan.

"Walaupun terjadi di tempat berbeza, namun jarak kedua- dua kejadian ini tidak begitu jauh dan yang pasti, ia berlaku di kawasan berhampiran selekoh," katanya.-sh

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved