Ahad, 22 September 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Kes curi motosikal tinggikan indeks jenayah <b>di Marang</b> | The <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2013 12:21 AM PDT

MARANG, 11 Sept:  Kes curi motosikal merupakan penyumbang utama peningkatan indeks jenayah di daerah ini dengan hampir setiap minggu polis menerima laporan kes kecurian kenderaan itu.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata bagi mengekang jenayah itu, polis melancarkan operasi khas dari 19 Ogos hingga 5 Sept dan berjaya menumpaskan dua kumpulan yang aktif melakukan kegiatan itu,  lapor Bernama.

Katanya lapan anggota dua kumpulan itu yang berumur 17 hingga 25 tahun diberkas dan polis berjaya menemui sembilan buah motosikal yang belum dileraikan serta komponen motosikal yang telah dileraikan.

Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis berjaya menyelesaikan 15 kes curi motosikal di daerah ini, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Mazlan berkata kecuaian pemilik motosikal tidak menggunakan kunci pendua atau kunci tambahan dikenal pasti antara punca memudahkan kenderaan itu dicuri

"Kebiasaannya kecurian motosikal ini berlaku di kawasan berhampiran rumah, kawasan masjid dan kedai," katanya dan meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika ditawarkan peralatan motosikal dengan harga murah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads