Khamis, 8 Ogos 2013

13 di setiu - Google Blog Search

13 di setiu - Google Blog Search


teganuku: Kilang Silika Bernilai RM300 Juta Bakal Dibina <b>Di Setiu</b> <b>...</b>

Posted: 06 Aug 2013 02:18 PM PDT

Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Toyota dari Jepun akan membina kilang pengeluaran kaca dan cermin serta produk yang berasaskan pasir silika dalam tempoh terdekat di Setiu, membabitkan pelaburan kira-kira RM300 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kilang berkenaan bakal menawarkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan untuk anak Terengganu.

"Satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai antara kerajaan negeri dan wakil syarikat berkenaan di sini baru-baru ini, dan pembinaannya dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Ia adalah antara kesinambungan pembangunan di Terengganu selepas rakyat memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut," katanya pada majlis pengagihan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada warga miskin di Wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) daripada Tabung Amanah Ketengah Holdings, di Bandar Seri Bandi malam kelmarin (Isnin).

Pada majlis itu kira-kira 700 warga miskin, ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerima bantuan berupa wang tunai antara RM300 dan RM400.

Selain membina kilang baharu, Ahmad berkata kerajaan negeri Terengganu juga merancang membina lebih banyak kilang di zon industri seperti di Teluk Kalong, Kemaman dan kawasan lain di seluruh negeri bagi memastikan rakyat mendapat peluang pekerjaan.

"Kita sentiasa berusaha membawa pelabur luar negara untuk datang melabur dan membina kilang di negeri itu, sekali gus dapat meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat Terengganu seperti dalam Aku Janji Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13 lepas.

"Kilang besi waja baharu Eastern Steel di Kawasan Perindustrian Telok Kalong dan Kilang Teknologi Polimer di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman, yang sedang dalam proses pembinaan, bakal menawarkan lebih 2,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Terengganu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads