Khamis, 8 Ogos 2013

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Remaja Langgar Anggota Polis <b>Di Besut</b> Akan Didakwa Masa <b>...</b>

Posted: 20 Jul 2013 05:00 AM PDT

 

Kuala Besut, 20 Julai - Remaja berusia 19 tahun yang dikatakan merempuh seorang pegawai polis trafik sehingga kehilangan kaki kanannya Rabu lalu akan didakwa dalam masa terdekat.

 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan merujuknya kepada Timbalan Pendawaraya secepat mungkin.

 

"Kita telah menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan hanya menunggu arahan untuk pendakwaan, sebaik menerima arahan daripada Timbalan Pendakwaraya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

 

Remaja itu diikat jamin sebanyak RM2,000 Khamis lalu.

 

Dalam kejadian itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang dipinjam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bertugas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut, parah setelah motosikal berkuasa tinggi polis yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berkenaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.

 

Ekoran itu kaki kanan beliau terputus dari paras bawah lutut. Beliau kini dilapor stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kota Baharu, Kelantan.

Last Updated on Sunday, 21 July 2013 00:05

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads