Selasa, 27 Ogos 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


<b>Marang</b> Akan Dijadikan Pusat Pengeluaran Pertanian <b>Di</b> Terengganu

Posted: 20 Aug 2013 06:27 PM PDT

MARANG, 20 Ogos (Bernama) — Daerah Marang yang banyak mengeluarkan sayur-sayuran dan buah-buhan akan dijadikan pusat pengeluaran produk pertanian di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan dan Penyampaian, Prestasi dan Teknologi Maklumat negeri A Latiff Awang berkata hasil pertanian seperti tembikai, buah naga, jagung, sayur-sayuran selain madu lebah yang bermutu, mampu mengangkat daerah itu sebagai daerah pertanian.

"Kita akan membantu petani-petani di sini dengan menyediakan infrastruktur seperti jalan bagi memudahkan petani mengeluarkan hasil pertanian dari kebun mereka.

"Kita juga akan menyediakan kawasan perparitan dan saliran dengan baik untuk kawasan penanaman mereka," katanya ketika merasmikan Program Hari Peladang peringkat daerah Marang di sini hari ini.

A Latiff berkata di Marang terdapat lebih 20,000 hektar kawasan pertanian iaitu 53 peratus melibatkan kawasan buah-buahan seperti durian, duku, rambutan dan kelapa.

Selain itu 24 peratus lagi merupakan kawasan tanaman padi, 19 peratus melibatkan penanaman sayur-sayuran dan lima peratus tanaman yang diusahakan kira-kira 12,000 petani.

Beliau berkata kerajaan mempunyai perancangan yang rapi untuk memajukan daerah itu yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada petani, nelayan
dan peniaga.

Katanya antara projek pertanian yang telah dan akan dilaksanakan di daerah itu adalah projek tanaman kelapa pandan tahun ini di Pulau Kerengga melibatkan peruntukan RM40,000, pembangunan industri lebah yang sedang berjalan di Gong Beris dan Jambu Bongkok melibatkan peruntukan RM50,000.

Beliau berkata di samping itu kerajaan juga mempunyai kawasan untuk tanaman sayur di Alor Limbar, Bukit Payong dengan peruntukan kira-kira RM40,000 manakala di kawasan pantai projek penanaman sayur kaedah fertigasi melibatkan peruntukan RM80,000 akan dilaksanakan.

"Kita sedang menunggu kelulusan kerajaan untuk membangunkan Lembah Padi Marang seluas 320 hektar melibatkan perutukan RM10 juta," katanya.

A Latiff berkata ketika ini sebanyak 50 hektar kawasan padi di Marang telah dibangunkan sebagai projek perintis yang menghasilkan pengeluaran padi yang baik.

– BERNAMA

Share and Enjoy

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads