Selasa, 27 Ogos 2013

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


Omak Kau!!!!: KESUCIAN SEBUAH SURAU <b>DI</b> CHUKAI, <b>KEMAMAN</b> <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2013 01:58 AM PDT

CHUKAI – Seorang penganggur berusia 47 tahun yang menjadikan Surau Kampung Besut, dekat sini, sebagai port mengedar dan menagih dadah, dicekup polis hasil maklumat daripada kariah surau yang tidak mahu rumah ibadat itu terus dicemari dengan kegiatan jijik itu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.15 pagi kelmarin itu, lelaki itu ditangkap dalam keadaan khayal sementara seorang rakannya berjaya meloloskan diri.

Difahamkan, suspek mula tidur di surau berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana tidak dibenarkan pulang ke rumah oleh keluarganya kerana ketagihan dadah sebelum suspek mula berani menjadikan surau itu sebagai port mengedar dan menagih dadah, sejak empat bulan kebelakangan ini.

Pengerusi Surau merangkap Imamnya, Syed Shaharzi Syed Alwi berkata, paling teruk pada Ramadan lalu kerana suspek mula berani menyuntik jarum di hadapan kanak-kanak yang berada di pekarangan surau itu.

"Pada bulan puasa lalu, selepas selesai sahaja Solat Terawih, operasi suspek akan bermula. Sebelum ini sudah banyak amaran diberikan kepadanya tetapi sedikit pun tidak diendahkan.

"Sejak empat bulan kebelakangan ini juga, saya dapat aduan ramai orang yang tidak dikenali keluar masuk kawasan surau," katanya.

Katanya, selepas suspek dicekup, sudah tiada lagi orang luar yang mencurigakan keluar masuk ke dalam surau berkenaan kerana dipercayai mereka adalah penagih dadah yang mahu mendapatkan bekalan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hita, berkata, serbuan berkenaan dilakukan 11 anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai ketua bahagiannya, ASP Hamzah Awang Dollah dan turut ditemui bersama suspek ketika dicekup ialah satu tiub dadah jenis heroin bernilai RM15.

"Kita percaya suspek menjual dadah kepada penagih di kawasan sekitar termasuk kepada penagih dari Kampung Bakau Tinggi. Kita juga percaya dia menjual dadah untuk menyara diri dan mengambil bekalan dadah dari kawasan Kijal.

"Polis juga sudah mengenal pasti tempat suspek mengambil bekalan ini untuk tindakan lanjut. Hasil ujian air kencing mendapati suspek turut positif dadah selain suspek turut mempunyai lima rekod lampau berkaitan dadah," katanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama masing-masing atas kesalahan memiliki dadah dan memasukkan dadah ke dalam badan.

APAKAH NANTI JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT) AKAN MENGELUARKAN ARAHAN AGAR SURAU INI DIROBOHKAN?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads