13 di pulau wan man - Google Blog Search |
BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search Posted: 31 Mar 2013 11:37 AM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
| |||||||||||
Taman Tamadun Islam <b>di</b> Kuala Terengganu: Review? | Cuti Malaysia Posted: 28 May 2013 05:02 PM PDT Satu lagi tempat jalan-jalan menarik di Kuala Terengganu ialah Taman Tamadun Islam. Lokasinya ialah di Pulau Wan Man, dalam daerah Losong bersebelahan Muzium Negeri Terengganu. Taman Tamadun Islam yang pertama diMalaysia ini dibina berlatar belakangkan sungai Terengganu. Cantik betul pemandangan di sini, paling best sebab berangin. Hendak ke Taman Tamadun Islam, jika inginkan kelainan bolehlah mencuba naik bas Bandar yang unik tu. Boleh ambil dari Taman Shahbandar Kuala Terengganu. Dengan bayaran hanya RM1, bas Bandar ni akan terus membawa anda ke Muzium Negeri dan seterusnya ke Taman Tamadun Islam. Suka tengok bas ni, klasik!
Untuk lebih detail pakej yang disediakan sila rujuk sini; Dalam Taman Tamadun Islam inilah terletaknya Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam serta Terengganu River Cruise. Ini ialah Masjid Kristal atau masjid terapung. Cantik kan, rekabentuknya memang lain dari yang lain. Masjid Kristal juga merupakan salah satu ikon Negeri Terengganu. Dari Masjid Kristal Cuti Malaysia ke Taman Monumen. Masuk ke sini, anda diberi Passport atau buku paduan perjalanan, baucer Kedai Cenderamata dan baucer F&B di kafenya. Bagi Cuti Malaysia, boleh dikatakan tempat ni ala ala Taman Tema Islam dimana 21 replika mercu tanda Islam terpilih dari seluruh dunia dibina di sini. Memang cukup menarik kerana berpeluang mengenali mercu tanda negara negara Islam seluruh dunia. Untuk gambaran apa yang ada di sini, boleh rujuk peta interaksi Taman Tamadun Islam ni. Di sini antara monumen paling menarik termasuklah Taj Mahal di India, Dome of Rock (Kubah As Sakhra) di Palestin, Kincir Air, Masjid Sulaimen Turki dan Menara Kalyan dari Uzbekistan. Antara monumen ini, disediakan mini Muzium dan tayangan video yang menerangkan tentang monumen tersebut dengan lebih terperinci. Terdapat juga monumen yang anda boleh masuk ke dalamnya. Cuti Malaysia aritu berpeluanglah masuk ke Kubah As Sakhra atau lebih dikenali sebagai Dome of Rock. Kalau anda pernah dengar kisah sebiji batu yang ingin mengikut Rasulullah ke langit pada kejadian Isra Mikraj tapi tak diizinkan lalu batu itu kekal terapung hingga kini. Di kubah AsSakhra inilah terletaknya batu terapung ini. Untuk menjelajah Tamadun Islam, ada disediakan beberapa pilihan kenderaan untuk anda, dari basikal untuk seorang hinggalah basikal untuk 6 orang. Ada juga tram dan buggy. Semuanya berlainan harga. Cuti Malaysia bawa budak-budak lebih senang menggunakan tram dengan bayaran RM3 seorang dewasa. Diakhir lawatan jangan lupa guna baucer Kedai Cenderahati dan membasahkan tekak di Café Taman Tamadun. Selain Masjid Kristal dan Taman Monumen Islam, di sini juga ada disediakan perkhidamatan Cruise Sungai Terengganu. Time Cuti Malaysia selesai jalan-jalan di Taman Monumen dah lewat petang, Cruise pun dah tutup. Lain kali datang lagi mesti cuba hee.. Layan dulu beberapa gambar Cuti Malaysia di Taman Tamadun Islam; Gambar Taman Tamadun IslamSememangnya banyak tempat jalan menarik di Terengganu. Jom Cuti Cuti Malaysia Terengganu 2013! |
You are subscribed to email updates from di pulau wan man - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan