ads

Sabtu, 6 Julai 2013

13 di kuala besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


TranungKite Online (TKO) - Jika PAS menang <b>di Kuala Besut</b>?

Posted: 28 Jun 2013 10:45 PM PDT

Assalamaulaikum,,  Andaian dan perbincangan  mengenai kemungkinan PAS menang di PRK Kuala Besut nampaknya menarik banyak respon dari kalangan ahli akedemik dan ahli politik serta ramai rakyat jelata yang rata rata bercakap di kedai kedai kopi.

Kedudukan kerusi di DUN Terengganu menyebabkan andaian kemenangan PAS menarik, kedudukan akan menjadi seri kalau PAS menang dan inilah yang menjadi faktor penarik untuk kemungkinan ini menjadi topik perbincangan sehingga BERNAMA, agensi berita UMNO turut tidak mahu ketinggalan untuk melaporkannya.

Kenapa tidak disentuh kemungkinan UMNO menang? Sebab tiada yang berubah kalau UMNO menang dan inilah yang diharapkan oleh UMNO.UMNO mungkin telah mengerakkan unit perang sarafnya dan pendedahan awal kepada bilik perang saraf UMNO ini menunjukkan kemungkinan UMNO membuat bajet untuk menang majoriti sebanyak 4,500 undi (berdasarkan maklumat yang diberikan oleh ulitmayang(UM), seorang forumer TKO dalam beberapa responnya kepada artikal berkaitan PRK Kuala Besut).

UMNO juga mungkin memainkan peranan agar berlaku pergeseran antara PKR, DAP dan PAS (bilamana UM  mendakwa jentera PKR dan DAP akan dihalang memasuki Kuala Besut oleh PAS). Tetapi di sebalik semua itu, tetap kedengaran analisa mengenai  kemungkinan PAS menang di Kuala Besut.Analisa yang menyeluruh dan meluas di seluruh negara mungkin menggusarkan bilik perang saraf UMNO kerana perbincangan  mengenai kemungkinan PAS menang merupakan satu bentuk doa orang ramai malah dalam kes kes yang boleh dikesan, ramai yang mengharapkan PAS menang agar kedudukan politik di Terengganu menjadi lebih menarik.

Perbincangan yang meluas ini turut menjadi sentimen di Kuala Besut, sentimen pengundi yang mungkin turut teruja untuk memberi kemenangan kepada PAS.Perkara ini sudah tentu menjadi igauan bilik perang saraf UMNO dan kemungkinan lebih banyak aliran wang masuk ke Kuala Besut.Penduduk Kuala Besut terutamanya para penagih dadah akan mendapat untung besar kerana PRK ini, durian runtuh untuk Kuala Besut.

Kerja bilik perang saraf UMNO awal awal lagi sudah menjadi rumit, apatah lagi pengumuman PJ PAS negeri, YB Wahid Endut bahawa PAS akan menyerang habis habisan dan berkata PAS akan menggerakkan gerakkerja lebih awal di Kuala Besut.Pengumuman ini dilihat menyemarakkan semangat dan keinginan petugas PAS yang sudah lali dengan sindiran dan tindakan menganjing geng PAK TEPAK yang hanya menanti keputusan PRK untuk menangguk di air keruh.

Sehingga hari mengundi yang masih belum diumumkan SPR, perbincangan mengenai kemungkinan PAS menang di Kuala Besut akan berterusan dan bakal menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula PAS di Besut, insyaaallah!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved