ads

Ahad, 12 Mei 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Jingga 13: Desak Umno BN hentikan hasrat roboh perkampungan <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 07:18 PM PST

Jingga 13 Terengganu mendesak agar Umno Bn Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Haji Ahmad Said menghentikan hasrat untuk merobohkan perkampungan warisan Melayu terutamanya di kawasan Bandar Kuala Terengganu yang melibatkan Kampung Ladang, Kampung Tanjung dan Kampung Lorong Haji Jamil bagi kononnya bagi tujuan pembangunan.

Setakat ini, Kampung Ladang sudah hilang sebahagiannya akibat diratah oleh kerakusan pemimpin Umno Bn yang begitu dahagakan pembangunan menurut acuan pemikiran mereka sendiri.

Penduduk Kampung Ladang yang telah terbiasa hidup di rumah papan tradisional warisan turun-temurun telah berjaya diusir oleh Umno Bn untuk tinggal di Flat Ladang Gemilang yang binaannya tersergam indah bak sarang burung merpati dengan sewa tidak kurang dari RM300.00.

Akhirnya wang pampasan yang diterima habis digunakan bagi tujuan membayar sewa tanpa ada sebarang perjanjian untuk sewa beli.

Demi mengejar pembangunan mengikut acuan Umno Bn, rakyat terpaksa berkorban dan telah diperbodohkan. Rakyat dikatakan hidup selesa tinggal di rumah flat, terpaksa berdepan kadar sewa yang tinggi, malah sehingga sekarang kerana tidak kemampuan untuk membayar sewa ada yang terpaksa berpindah membawa haluan masing-masing, sedangkan pemimpin Umno B hidup bersenang-lenang tinggal di banglo-banglo mewah.

Pada masa ini, Umno Bn sedang dalam persiapan bagi merobohkan Kampung Tanjung dan Kampung Lorong Haji Jamil dan juga sedang dalam proses rundingan akhir bagi membayar sejumlah wang pampasan kepada penduduk kampung yang terlibat.

Jingga 13 Terengganu percaya, kesemua kampung warisan melayu di Terengganu terutamanya di kawasan Bandar Kuala Terengganu termasuk di Kampung Chabang Tiga, Kampung Losong, Kampung Bukit Besar, Kampung Pantai Pandak Chendering dan lain-lain kawasan akan lenyap dari peta negeri Terengganu dalam sedikit masa lagi jika sekiranya kerajaan yang ada sekarang ini masih lagi dikekalkan.

Kesan daripada pembangunan mengikut acuan Umno Bn ini akan menyaksikan orang-orang melayu Terengganu akan hanya dapat menyaksikan projek-projek pembangunan dijalankan tanpa mereka dapat turut serta di dalam pembangunan tersebut.

Amatlah malang bagi etnik melayu Terengganu yang tidak menyedari mengenai perkara ini akibat dibuai mimpi setelah diberikan pampasan beratus-ratus ribu ringgit malahan ada yang mencecah jutaan ringgit daripada Umno dan Barisan Nasional.

Adakah setimpal dengan bayaran yang diterima sedangkan pada masa yang sama penduduk kampung yang terlibat ini akan semakin menjauhi kawasan Bandar bagi membina penempatan di kawasan luar Bandar akibat tidak serasi dengan suasana rumah flat.

Acuan pembangunan menurut Umno Bn ini secara tidak langsung seolah-olah mengembalikan semula pemerintahan era kolonial British yang mengamalkan dasar pecah perintah (divide and rule).
Orang-orang melayu di Kuala Terengganu akan kembali tinggal di kampung manakala Bandar Kuala Terengganu hanyalah menjadi tempat persinggahan semata-mata.

Jingga 13 sepakat menyokong memorandum yang diserahkan oleh Institut Peduli Rakyat baru-baru ini di Parlimen kepada ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan kampung warisan Melayu di Kuala Terengganu.

Jingga 13 sekali lagi mengulangi bahawa projek pembangunan Umno Bn benar-benar telah meminggir dan menghalau orang-orang Melayu secara halus dan menghapuskan perkampungan Melayu di Kuala Terengganu.

Selamat tinggal Kampung Warisan Melayu Kuala Terengganu!

Muafakat, Prihatin, Berani
Wan Mohd Izziadi
Koordinator Jingga 13 Terengganu

7 November 2012

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=39036

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved