ads

Ahad, 12 Mei 2013

13 di chukai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>

Posted: 30 Apr 2013 04:11 PM PDT

Written by Wartawan Buletin   
Monday, 29 April 2013 17:06
http://buletinonline.net/images/stories/aberita19/hanafiah.jpgKEMAMAN - Fenomena luar biasa berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai apabila anak-anak muda keluar beramai-ramai, hadir dan memberikan sokongan malah melaksanakan kerja-kerja kempen pilihanraya, sejak hari penamaan calon pada 20 April lalu.

"saya melihat selepas sahaja penamaan calon sehingga hari ini fenomena anak muda daripada kampung-kampung, taman-taman, pinggir-pinggir bandar (pada) tiap-tiap (malam) penuh di pos-pos kita dan kemudian bekerja, sama ada tampal poster, sama ada menyampaikan risalah daripada rumah ke rumah sangat menakjubkan,"kata Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

Beliau berkata, ia mencetuskan satu gelombang baru kebangkitan warga Dun Chukai dan kawasan paelimen Kemaman untuk menolak umno dan Barisan nasional menjelang hari pengundian pilihanraya umum kali ke-13, pada 5 Mei ini.

Sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, menurut beliau, juga meningkat apabila berlaku perbalahan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana tidak puas hati terhadap calon yang dilantik oleh Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said.

"ianya memberi kebaikan kepada saya (PAS) bila banyak undi-undi protes terutama dari ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin JKKK, kawan-kawan baik bekas wakil rakyat di Chukai dahulu (dan mereka) memberi komitmen kepada saya untuk memberi undi kepada PAS dalam pilihanraya (kali) ini,"jelasnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi Dun Chukai berkata, mereka amat sedih apabila Mohamad Awang Tera tidak dicalonkan pada pilihanraya ini dan mereka berikrar bahawa mereka akan menjatuhkan Ahmad Said pada kali ini.

"ini kali lah (kata) mereka akan jatuhkan, Ahmad Said daripada 'takhta' Menteri Besar kemudian daripada 'takhta' wakil rakyat  supaya (Ahmad Said) menjadi ahli biasa dalam UMNO (dan) Barisan Nasional,"ujarnya. [Lihat Video]

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua pengundi  samada yang tinnggal dalam Dun Chukai ataupun pengundi luar supaya memberikan peluang kepada PAS untuk kembali memerintah negeri Terengganu.

Beliau mewakili ahli dan pemimpin PAS berjanji akan memberi perkhidmatan yang terbaik dan melaksanakan segala manifesto yang telah dijanjikan.

"kami (PAS) akan laksanakan sebagaimana ikrar kami untuk menegakkan sebuah negara berkebajikan (dan) kami akan laksanakan (sebaiknya) kerana kami telah laksanakannya pada tahun 1999 - 2004 ketika kami memerintah negeri Terengganu,

"kesan daripada pemerintahan negeri Terengganu (dibawah PAS) sangat sangat dirasai oleh rakyat dan mereka yakin bahawa kami boleh bersama-sama rakyat sama ada pada masa susah ataupun masa senang,"tegas Haji Hanafiah

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved