Rabu, 17 April 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


PAS singkir Wahid Endut <b>di Kuala Terengganu</b> - Rakyat Tranung

Posted: 04 Apr 2013 11:38 AM PDT



Pas memberi bayangan bahawa Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah bakal diletakkan bertanding mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Pengumuman secara 'rasmi' itu tidak sengaja dibuat Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang) ketika berceramah di Cabang Tiga di sini malam tadi.
Bagaimanapun, Raja Kamarul ketika ditemui pada majlis yang sama enggan mengulas berkenaan perkara tersebut dan memaklumkan beliau masih belum menerima tawaran secara rasmi.
Pun begitu, beliau mengakui akan mempertimbangkan tawaran itu jika benar Pas menawarkan beliau bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dipegang Pesuruhjaya Pas negeri, Abdul Wahid Endut selepas memenangi pilihan raya kecil pada tahun 2009.
"Secara tidak rasmi begitulah (dicalonkan) tetapi saya masih belum terima apa-apa tawaran dan saya tidak mahu mendahului parti jadi, biar lah mereka umum dahulu," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130405/px_13/PRU-13-Raja-Bahrin-tanding-calon-Pas-Parlimen-Kuala-Terengganu#ixzz2PWMbX9Pr 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads