ads

Selasa, 16 April 2013

13 di setiu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: BN kemuka empat muka baru <b>di Setiu</b>

Posted: 16 Apr 2013 03:43 AM PDT

Oleh; Esah Abdullah

Barisan Nasional (BN) mengemukakan empat muka baru dan mengekalkan seorang penyandang untuk bertanding di Parlimen Setiu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said di Kediaman Seri Iman petang ini.


Seorang hakim, Encik Zulkifli Jusoh, 54, diumumkan sebagai calon bagi Parlimen Setiu manakala penyandang asal Dato' Haji Mohd Jidin Shafee bertukar untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri.

Encik Sabri Mohd Nor seorang kontraktor turut diumumkan sebagai calon DUN Langkap manakala Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Encik Mohd Iskandar Jaafar, 37, akan bertanding DUN Jabi.

Calon bagi DUN Batu Rakit yang juga muka baru, Encik Bazlan Abdul Rahman merupakan seorang pendidik bagi menggantikan penyandang, Haji Khazan Che Mat.
 

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved