13 di marang - Google Blog Search |
- HOT - Pulau Memulau Masih Berlaku <b>Di Marang</b> ! | dinturtle <b>...</b>
- Sekitar Majlis Tun Mahathir <b>Di Marang</b> 9 Mac 2013 | dinturtle <b>...</b>
- #PRU13 #TolakPR - Hadi Bertanding <b>Di Marang</b>, Husam Bakal <b>...</b>
HOT - Pulau Memulau Masih Berlaku <b>Di Marang</b> ! | dinturtle <b>...</b> Posted: 31 Mar 2013 07:42 PM PDT Menarik bila blog baru klik- TEGANUHOT menyiarkan kembali video kekecohan semasa PRU12 di Marang beserta dengan contoh2 tindakan para penyokong Pas yang tidak demokratik dalam berdepan dengan persaingan dari Umno BN. Antaranya - Apa yang dapat saya rumuskan adalah - Pas sebenarnya TAKUT untuk berdepan secara telus dengan Umno BN. Habis tu kenapa perlu Pas melakukan semua tindakan pulau memulau dan provokasi sebegitu terhadap mereka yang dilihat sebagai menyokong Umno ? Hati kecil saya kuat mengesyaki yang Hadi bersikap HIPOKRIT dalam soal hubungan Pas-Dap dan Pas-Umno ini. Maksud saya, saya syak Hadi tidak konsisten. Didepan media Hadi akan bercakap seolah Pas sudah liberal dan tidak lagi mengambil pendekatan ekstrim sepertimana dulu2 yang menyaksikan hubungan Pas-Dap sering bergolak tapi bila bercakap didepan orang kampung, Hadi akan kembali memakai topeng ekstrimnya. Makanya tidak hairanlah jika pemimpin2 Pas seperti Hadi tidak mahu melihat penyokong2 Pas mesra media arus perdana kerana jika mereka terdedah kepada lapuran2 tentang betapa terbukanya Hadi dan Pas sekarang, pastinya ketaksuban mereka kepada pemimpin dan parti akan tergugat. Hadi mahu terus mengongkong minda orang Pas dalam tempurung ketaksuban agar mereka terus menyokong beliau secara membabi buta. Contohnya ..... Kenapa didiamkan saja perlakuan pulau memulau penyokong Pas terhadap orang Umno sedangkan dengan Lim Kit Siang, Hadi boleh berpelukan mesra ? Kenapa orang Pas didiamkan saja permusuhan mereka dengan orang Umno sedangkan Nik Aziz sendiri sanggup merantau jauh ke Pulau Pinang semata2 mau diraikan dengan kek harijadi oleh Karpal Singh ..... kemudian bersalaman hormat dan mesra dengan manusia yang sanggup mati dari melihat hudud dilaksanakan dinegara ini ? Tidak bolehkah pemimpin2 Pas menggalakkan pengikut mereka meraikan Harijadi dengan kek bersama-sama orang Umno kemudian mereka turut dianjurkan supaya berpelukan dan bersalaman dengan orang Umno sepertimana yang dilakukan Nik Aziz bersama Karpal ? Apa yang saya lihat - Ketaksuban orang Pas perlu dikekalkan oleh pemimpin mereka demi menjaga fixed deposit undi Pas. |
Sekitar Majlis Tun Mahathir <b>Di Marang</b> 9 Mac 2013 | dinturtle <b>...</b> Posted: 09 Mar 2013 12:08 AM PST Pagi tadi saya berkesempatan bersama Tun Mahathir yang hadir memberikan amanatnya kepada rakyat di Marang Terengganu. Sambutan amat menggalakkan, antara 4-5 ribu hadir. Yang ini KHAS kepada Tian Chua - TAK MAHU SAMAN KA ? Ada saya perhatikan seorang pemuda yang resah sepanjang majlis, kesana kesini sambil bertanyakan orang .... rupanya dia peminat setia Tun Mahathir dan berhajat sangat hendak dapatkan autograf Tun untuk diabadikan pada jersey bolanya. Dengan kerjasama mereka yang duk mengekor Tun, dapatlah brader ni bertemu dengan pemimpin idolanya dan diberi bonus autograf dari Tun Siti Hasmah juga ! Suka sangat Brader Shukri 24 dari Manir Terengganu dengan hadiah Istimewa dari Tun Mahathir dan Siti Hasmah .... PS - Saya menantikan video ucapan Tun Mahathir keluar di Youtube, i tell you ...... memang Tun hentam habis Hadi, Nik Aziz, Pas dan Anwar tadi ! Kaw-kaw Tun bagi ....tak hengat dah dia bercakap dilubuk Pas.... tak sampai 5 minit dari Kampung Rusila ! Pas Pemecah Perpaduan Melayu ! adalah tajuk yang sesuai buat ucapan Tun Mahathir tadi. |
#PRU13 #TolakPR - Hadi Bertanding <b>Di Marang</b>, Husam Bakal <b>...</b> Posted: 09 Apr 2013 01:30 AM PDT Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih kerusi selamat kekal bertanding di parlimen Marang manakala naib presiden Datuk Husam Musa bakal dikorbankan di parlimen Putrajaya. Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Pendang, Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena dan Salahuddin Ayub disahkan untuk bertanding di Pulai. Perkara itu diumumkan kepimpinan PAS dalam sidang media sebentar tadi. Antara senarai lain yang turut disahkan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (Larut), seorang arkitek, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Kuala Terengganu), penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Jempol). Hadi walau bagaimanapun berkata masih tidak menetapkan sama ada akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Saya sendiri tidak boleh umumkan, biar negeri yang umumkan," katanya kepada pemberita. Hadi dalam pada itu berkata PAS masih berpegang dengan pendiriannya untuk bertanding 76 kerusi parlimen seluruh negara. |
You are subscribed to email updates from di marang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan