Isnin, 29 April 2013

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Rokok Seludup Bernilai RM162 Ribu Dirampas <b>Di Marang</b> <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 06:58 PM PDT

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu merampas pelbagai jenis rokok putih dan kretek bernilai RM162,426.60 termasuk duti yang cuba diseludup masuk ke negeri ini.

Pengarah JKDM Terengganu, Abdullah Zawawi Abd Latiff berkata rampasan itu dilakukan di sebuah setor di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payung, Marang pada Rabu lalu.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 2 petang dengan diketuai Pegawai Kastam Kanan, Ahmad Ibrahim hasil pemerhatian selama tiga jam.

"Ketika serbuan dilakukan, premis tersebut berkunci dan pasukan kastam terpaksa membukanya secara paksa. Hasil pemeriksaan, kita menemui 1,542 karton yang mengandungi 295,200 batang rokok pelbagai jenama yang disyaki belum lulus kastam," katanya kepada pemberita Isnin.

Abdullah Zawawi berkata kesemua rokok berkenaan dipercayai untuk edaran di sekitar Marang, Hulu Terengganu dan sini.

Beliau berkata pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 42 dan 44 tahun dalam serbuan berasingan pada hari yang sama dan sehari kemudian.

Kedua-dua suspek yang bekerja sendiri itu dipercayai terlibat dengan kegiatan berkenaan secara sambilan sebelum aktif menyeludup.

"Suspek pertama yang berusia 44 tahun ditahan di sekitar premis yang kita serbu selepas setengah jam serbuan dijalankan manakala suspek kedua berusia 42 tahun, kita tangkap keesokan harinya dan dia didapati mempunyai rekod jenayah lampau yang sama.

"Kedua-dua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang dan tidak lebih 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu Abdullah Zawawi berkata sehingga hari ini, sebanyak 25 kes penyeludupan berjaya dipatahkan dengan kawasan tumpuan pengedar ialah di sekitar sini dan Marang.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan melapor kepada pihak kastam melalui talian 09-622 8477, 09-620 4073 atau talian bebas tol 1800-88-8855.-bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads