Isnin, 29 April 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


SAPE AKU?: Nukilan buat warga <b>Hulu Terengganu</b>

Posted: 27 Apr 2013 01:17 AM PDT


Bismillahirrahmanirrahim..
Entry kali ni adalah khas untuk rakyat hulu Terengganu. Kepada kome yang bukan rakyatnya boleh klik pangkah dah. Tapi lagi baik baca dan sampaikan kepada kawan kome yang mengundi di hulu Terengganu.. yeaahh
Assalamualaikum dan salam perkenalan buat rakyat Hulu Terengganu sekalian.
Kiter ni bukang orang teranung. Tapi kiter doh kene kijer dekak teranung ni dekak sebulang dah. Kiter kijer sini sapa bulang 6 je. Kiter kijer buat empangang.
ops… Nampak sangat kucar kacir bahasa Terengganu aku. Haha..sori. kembali kepada asal.
Kat sini ak nak cerita sikit pengalaman aku berada kat daerah korang  ni.
Hari 1st aku sampai kat Hulu Terengganu (Dun Telemong)  ni aku pergi makan kat kedai dekat dengan Kampung Basung. Ketika itulah aku mendengar azan yang buat julung kalinya kat sini. Aku ingat azan dari sebuah surau. Rupanya adalah dari sebuah madrasah yang berada tidak jauh dari kedai aku makan tu. Makcik kedai runcit tu cakap dekat aku, kat madrasah tu memang ada budak belajar dan juga ada kuliah dhuha setiap hari jumaat. Dalam hati aku timbul rasa kekaguman diatas tuan punya madrasah tu. Lepas tu setiap kali lalu aku mesti akan melirik ke madarsah yang dalam proses naik taraf tu. Banyak budak2 yang tinggal kat situ.
Masuk ke beberapa hari aku duduk kat sini. Selaku orang yang "bulan" berada dihatinya maka aku pun singgah ke markas PAS pertama yang aku jumpa kalau dari tempat aku tinggal ni. Sembang punya sembang dengan orang PAS sini rupanya madrasah itu milik bakal calon PAS untuk Parlimen Hulu Terengganu ni.  
Allahurabbi.. Sungguh aku kagum dengan usaha beliau. Benarlah orang kata untuk berkhidmat kepada masyarakat dan ummah ini bukan hanya setelah punyai jawatan dan menjadi wakil rakyat. Maka aku pun merasakan inilah calon yang benar2 cocok untuk membawa suara masyarakat Hulu Terengganu ini ke medan yang lebih besar.
Ustaz Kamaruzaman Al Basungi. Itulah nama calon yang ditaklifkan untuk membawa obor perjuangan islam di Hulu Terengganu ini.  Aku hanya berhubung dengannya dengan SMS je sebelum ni. Malam kelmarin aku berpeluang bertemu dengan tuan badan apabila diadakan ceramah di Kg Basung. Walau baru bersua dia tidak lokek memeluk aku. Honestly aku cakap memang terasa tenang bersama dengannya. Allahhurabbi. Hebatnya aura seorang Ulama. Ni boleh buat jadi abang angkat ni. Baru la adik angkat dia ni tak lagha sangat. haha
 Calon P036 Hulu Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Perjalanan dari rumah aku ke pekan Kuala Berang mengambil masa lebih kurang 40 minit. Walaupun ketika itu belum lagi menjelang hari penamaan namun lautan bendera biru telahpun rancak. Serius bro. Gua panas je tengok kiri kanan gua duk warna biru je. Haha.  Dah sampai Pekan Kuala Berang baru lah lega sikit. Semakin banyak bendera bulan yang mententeramkan jiwa. yeahhh
Setelah makan bersama isteri tercinta (batuk.uhuk) kami pergi ke klinik. Klinik yang menjadi pilhan adalah klinik Dr Mamad. Aku masuk je pun dah rasa lain suasana kat dalam tu. Sangat tersusun dan sistematik. Ditambah dengan staff yang sempurna menutup aurat. Juga alunan bacaan alquran yang didendangkan. Aku kira cukup kuat untuk mententeramkan jiwa pesakit yang datang. Di belakang kaunter ambil ubat pula diletakkan banner yang menyatakan tentang "Sakit itu kafarah dosa". Pergh.. Mana nak jumpa klinik yang begini hebat ciri islaminya?
Aku menghantar mesej kepada abang PAS kat Kg Basung tu. Bertanya tentang klinik tu. Rupanya Dr Mamad tu adalah seorang bekas wakil rakyat PAS. Patutlah aku dapat rasakan bau2 jemaah kat dalam klinik dia. Begitulah indahnya keadaan apabila seorang yang ahli dalam sesuatu perkara mengimplementasikan islam dalam setiap gerak kehidupannya.
Cukuplah 2 kisah ini yang membuatkan aku kagum dengan peribadi calon daripada PAS. Ini yang sempat aku kenali dalam usia tidak sampai sebulan aku di bulu hulu teranung ni. Aku yakin calon-calon di peringkat dun di kawasan Hulu Terngganu ni semua hebat2 dan berketerampilan belaka.
Oleh itu aku selaku orang luar yang datang ke kawasan kalian mengajak agar kalian memberi peluang kepada Ust Kamaruzzaman terutamanya dan juga calon Pakatan Rakyat di DUN anda untuk memberi khidmat yang terbaik kepada anda.
# Calon DUN di Hulu Terengganu
N. 21 : TELEMUNG           : NARAWI BIN EMBONG                               (PKR )
N. 22 :  MANIR                   : HILMI BIN HARUN                                       (PAS)
N. 23 : KUALA BERANG  : MUHYIDIN BIN ABDUL RASHID                  (PAS)
N. 24 :  AJIL1                       : MOHD RAZKI BIN HAJI YAH @ HAJI ALIAS (PAS)
Melihat kepada sambutan yang amat baik ketika program Orang Hulu Teranung bersama Ulama semalam cukup membuatkan aku yakin bahawa Bulan akan menerangi Hulu Terengganu pada 5 mei ini. Orang ramai. Sambutan ramai (mungkin 7k). Kutipan derma melebihi RM20 ribu. UMNO ada?? haha
sekian dari aku untuk rakyat Hulu Terengganu.
INIKALILAH kite UBAH!! TAKBIR!!
p/s : Cetusan artikel ini adalah apabila aku dan isteri mengutip sampah yang kami makan time ceramah semalam. Dalam hati aku berkata kalau kutip pun still banyak lagi sampahnya. Namun hati yang sedikit baik melawan. Takpelah ko kutip apa yang di sekitar ko tapi yang penting ko ada buat kerja sikit membersihkan sampah.
Apalah sangat dengan artikel aku ni. Peluang untuk sampai ke pengundi Hulu Terengganu adalah amat tipis. Tapi ini sahaja aku mampu lakukan selaku perantau di tempat orang. Sob3x.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads