Khamis, 25 April 2013

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


teganuku: PRU13 - BN Percaya Pengundi Cina akan Sokong <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2013 10:07 PM PDT


 Barisan Nasional (BN) percaya pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang akan memberi sokongan penuh kepada parti itu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.

Calon BN bagi kawasan DUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, berkata sokongan pengundi Cina juga diharap dapat membantu semua calon BN yang bertanding di kerusi DUN dan Parlimen di Hulu Terengganu.

"Saya harap pengundi Cina memberi sokongan 100 peratus tanpa berbelah bagi kepada calon BN bagi kerusi Parlimen dan DUN.

"Sokonglah calon BN jika kita mahu menikmati kemajuan dan perubahan menerusi parti yang sudah terbukti berjaya memerintah negara," katanya selepas majlis ramah mesra calon BN bersama pengundi DUN Kuala Berang dan memperkenalkan calon baru kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari di Markas Pilihan Raya BN cawangan Kuala Berang, DUN Kuala Berang.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Tengku Putera yang juga Ketua UMNO bahagian Hulu Terengganu, berkata bandar Kuala Berang bakal membangun dengan pesat kerana kedudukannya yang strategik sebagai laluan ke Tasik Kenyir iaitu kawasan eko pelancongan yang semakin terkenal dan bakal menjadi pusat bebas cukai seumpamanya pertama di negara ini.

Katanya, pembangunan tasik itu sebagai pusat pelancongan yang dilaksanakan kerajaan BN bakal memberi faedah besar kepada rakyat, khususnya kepada penduduk Hulu Terengganu dari segi sumber ekonomi dalam bidang pelancongan.

"Bandar Kuala Berang juga lebih sinonim dengan panggilan bandar bawah tasik kerana ia berhampiran dengan kawasan pelancongan Tasik Kenyir iaitu tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads