Jumaat, 1 Mac 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


DHPP yakin Umno-BN <b>Terengganu</b> tersungkur

Posted: 18 Feb 2013 08:03 PM PST

MARANG: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu berkeyakinan Umno dan kerajaan BN bakal tersungkur di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusinya, Dr Bala Chandran berkata keangkuhan pemimpin Umno dan kerajaan BN akan dihukum oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.Ini kerana katanya, pemimpin Umno-BN termasuk di negeri Terengganu tidak pernah mahu belajar daripada kelemahan dan kesilapan masa lalu.

"Rakyat umumnya seluruh negara sudah bosan dengan Umno-BN termasuk di negeri Terengganu. Saya cukup yakin dan percaya mereka akan dihukum oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.

"Mereka angkuh, sombong dan tidak pernah mahu belajar daripada kesilapan yang lalu. Mereka patut dihukum dengan izin Tuhan," tegasnya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Surau Panjang, Bukit Payong, 13 Februari lalu.

Menurut beliau, hasil kaji selidik dan analisis politiknya di Terengganu kerajaan BN akan tersungkur atas faktor keangkuhan pemimpin Umno. Malah, katanya tenaga sokongan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mesra Umno turut memberi kesan negatif sokongan rakyat kepada BN.

"Marilah kita semua berdoa supaya Umno dan kerajaan BN Terengganu di seluruh negara akan tumbang dan tersungkur pada pilihan raya umum kelak.

"Tindakan agresif kumpulankumpulan NGOs yang mesra Umno, yang mesra BN juga memberi kesan negatif kepada parti Umno-BN," jelasnya.Dr Bala turut merayu kepada rakyat Terengganu terutama di kalangan pengundi Melayu Islam agar sama-sama membuat perubahan landskap politik tanah air.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Jawatankuasa PAS Besut, Abdul Halim Tausah, Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Wan Mohd Zuki Wan Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads