13 di ajil - Google Blog Search |
Notes Of My Life: Kemalangan <b>di Ajil</b>, Ganu Posted: 10 Jun 2010 02:37 AM PDT x tersangka sepanjang pengalaman bawa kereta, ini adalah kali pertama kereta aku disondol dari belakang. Ketika itu, hujan baru turun. Aku, mak mertua, Hazeq dan Suhada on the way balik dari Kuala Berang. Mak Mentua nak keluarkan duit dari bank sementara aku nak beli pampers Hazeq. Kami bertolak dari DM Pemborong dalam kul 4 lebih. sampai kat Ajil, aku lihat banyak kereta bersusun kerana hujan dan menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Dengan berhati - hati, aku memeperlahankan keretaku. Dan dengan tiba2.....dum....bunyi yg kuat itu datangnya dari belakang. Terkejut kami dibuatnya. Dalam hati aku berkata, abislah keretaku ini pasti remuk abis. Setelah kami turun dan memeriksanya. alhamdulillah xlah teruk sgt tp berdasarkan bunyinya agak menakutkan. Kami dapati 3 buah kereta terlibat dalam insiden ini. Kereta tgh adalah iswara yg teruk remuk depan dan belakang. Kereta ke3 adalah Kancil, dipandu oleh seorang ibu beranak kecil seramai 2 org. Insiden ini berlaku kerana si ibu tadi mahu mencapai botol susu anaknya di bawah dan tidak sedar kakinya terlepas gear dan minyak. Kami menunggu selama 3 jam menanti suami ibu tersebut tiba dan menyelesaikan semua 'urusan'. Suaminya membuat keputusan utk membayar ganti rugi kerana kereta isterinya tiada insurans kereta. Akhirnya, semua settle. Alhamdulillah....dgn wang yg dibayar oleh suami si ibu tadi, my darling hantar keretaku ke bengkel kawannya. dah siap tp mata sakit bila pandang bonet kereta. Moralnya, berhati - hatilah dalam apa jua keadaan tapi pasrahlah jika terjadi sesuatu kerana Allah SWT telah menetapkannya wpon kita telah terlalu berhati - hati..... |
You are subscribed to email updates from di ajil - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan