Khamis, 21 Mac 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


Berita - BR1M 2.0 Peringkat DUN <b>Seberang Takir</b> Pada 12.2.2013

Posted: 22 Feb 2013 02:39 AM PST

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned
Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 Peringkat DUN Seberang Takir untuk tahun 2013 telah diadakan pada 12.2.2013 di Bangunan UMNO Kampung Telaga Daing. Pemberian wang bantuan RM500 ini diberikan kepada pemohon yang layak dan merupakan kali pertama diadakan di bangunan ini berikutan ia baru sahaja disiapkan dan baru beroperasi. Program pemberian wang bantuan ini diadakan pada dua sesi pada hari ia diagihkan iaitu sebelah pagi dan petang. Sebagaimana dimaklumkan daripada sumber terdekat, jumlah pemohon yang datang pada satu-satu sesi pada hari berkenaan adalah sekitar 400 orang. 
Ucapan pembukaan majlis penyampaian wang BR1M disampaikan oleh ADUN Seberang Takir iaitu Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman. Antara yang turut disebut dalam ucapannya ialah mengenai kemudahan baru bagi warga Seberang Takir yang diperkenalkan iaitu Pusat Rehabilitasi di tingkat bawah bangunannya bagi memudahkan warga Seberang Takir dan penduduk berdekatan mendapatkan rawatan khususnya bagi penyakit strok. Beliau menyatakan rancangan kerajaan negeri bagi mendapatkan beberapa doktor pakar beserta peralatan untuk datang ke pusat rawatan yang disediakan ini secara berjadual. Ini kerana terdapat ramai doktor pakar yang ada di HSNZ sekarang ini. 
Beliau juga menyatakan sekiranya program dan rancangan ini berjaya kelak, kerajaan negeri akan membuka pula pusat hemodialisis untuk warga setempat. Ini juga berikutan terdapat kes yang dirujuk di hospital menyatakan ada di kalangan pesakit yang menderita sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan hemodialisis ini adalah daripada golongan kanak-kanak semuda usia 10 tahun. Selain itu, beliau menyatakan sedang dalam perbincangan untuk membawa pakar terapi perubatan Islam bagi merawat kes-kes berkaitan gangguan makhluk halus. 
Sekiranya tidak halangan, mereka akan dikunjungi oleh rombongan dari Institut Jantung Negara. Turut dinyatakan bahawa Dato' Dr. Nasir Muda yang pernah membedah jantung Tun Dr Mahathir suatu ketika dahulu bersetuju untuk hadir dalam rombongan ini yang akan diadakan pada awal Mac ini bersama sebuah bas dan trak yang memuatkan mesin dan peralatan bagi memberikan rawatan kepada penduduk secara percuma. Beliau juga berharap ia akan memberikan manfaat kepada penduduk kampung ini. 
Selain itu, dinyatakan bahawa baru-baru ini bangunan berkenaan juga telah pun digunakan oleh pihak sekolah dan dibenarkan untuk digunakan secara percuma bagi mengadakan ceramah kerjaya, dan ceramah teknik menjawab peperiksaan. Dengan bantuan yang diberikan ini, beliau mengharapkan semoga keputusan peperiksaan para pelajar akan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads