Khamis, 28 Mac 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


teganuku: Anak Tumbuk Muka Ibu <b>Di Hulu Terengganu</b>

Posted: 06 Mar 2013 09:02 AM PST

Tidak berhati perut. Demikian tindakan seorang anak yang bukan sahaja memaki ibu kandungnya dengan kata-kata kesat juga sanggup menumbuk ibunya selepas berselisih faham di rumah mereka, di Taman Kenanga, di Hulu Terengganu,  kelmarin.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 2 petang itu dipercayai berpunca apabila mangsa berusia 51 tahun meminta anaknya menukar saluran siaran televisyen tetapi tidak diendahkan hingga menyebabkan berlaku perselisihan faham antara dua beranak itu.

Menurut sumber, sebelum kejadian mangsa bersama anaknya yang berusia 20-an dan dipercayai penagih dadah sedang menonton televisyen bersama, sebelum mangsa meminta suspek menukar siaran.

"Permintaan mangsa bagaimanapun tidak diendahkan suspek, sebaliknya suspek juga berkeras tidak mahu menukar siaran televisyen seperti diminta. Keadaan ini seterusnya menyebabkan berlakunya perselisihan faham.

"Suspek dikatakan bengang lalu bertindak menumbuk muka mangsa selain turut memaki dan menghamburkan kata-kata kesat.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kesakitan di muka. "Atas faktor keselamatan mangsa juga mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang.

Malah, mangsa juga bimbang sekiranya anaknya melakukan tindakan lain pula," katanya. Sementara itu,

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah

SH Online

Gambar & Video Tragedi Kilang Sawit Meletup <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jan 2013 03:31 AM PST

"Saya nampak Azmi menggelupur kesakitan manakala Pramod sudah tidak bergerak dan badannya berasap," kata Burhanuddin Atur Ali, 35, menceritakan kejadian letupan di Kilang Vila Sutera Sdn Bhd di Kampung FELCRA Bukit Kapah, Hulu Terengganu, malam kelmarin.

Pekerja warga Bangladesh itu berkata, ketika kejadian dia sedang memunggah buah sawit kira-kira 10 meter dari tujuh rakannya yang sibuk memasukkan buah sawit ke dalam jentera penyuci hama buah sawit sebelum ia meletup pada jam 7.50 malam.

Akibat letupan itu, empat daripada pekerja terbabit terbunuh iaitu penyelia kilang, Azmi Abdullah, 47; Mohd Razlan Mokhtar, 25, serta dua pekerja Nepal, Sanjib Kumar Pasman, 26, dan Pramod Kumar Ray, 30.

Azmi dari Kampung Padang Tengir, Manir, Kuala Terengganu dan Pramod mati di tempat kejadian, Sanjib mati di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala Mohd Razlan yang juga penduduk Kampung FELCRA Bukit Kapah, meninggal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Tiga lagi pekerja hanya cedera ringan iaitu dua rakyat Bangladesh dikenali sebagai Ahmmed Ali, 39, dan Rezuyan Morom Ali, 45, serta seorang warga Nepal, Sabad Yadav, 44. Mereka dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di HHT, semalam.

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Incoming search terms:

Gambar & Video Demo CIMB <b>Di Kuala Terengganu</b>

Posted: 17 Mar 2013 04:20 AM PDT

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads