ads

Ahad, 31 Mac 2013

13 di dungun - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Hanieliza&#39;s Cooking: Demo Masak <b>di Dungun</b>

Posted: 07 Mar 2013 03:09 AM PST

Salam..
lama tak updates demo masak.
Perpustakaan Awam Dungun, Terengganu

Mieza Jhaa K.. @_@: Kelas Belajar Buat Kek <b>Di DUNGUN</b> (2013)

Posted: 26 Feb 2013 05:06 AM PST


Pagi tadi selepas balik dari pasar singgah kedai kek kejap beli serbuk koko. Tempahan kek semakin menjadi jadi sekarang. Tak cukup kaki tangan saya dibuatnya. Adakah manusia sekarang tidak lagi memakan nasi sebagai makanan rutin? Apapun syukur alhamdulillah, rezeki seorang suri rumah. Tak la bergoyang kaki sangat sambil blogwalking 24-8 = 16 jam. 

Semasa sesi pembayaran serbuk koko tersebutlah saya ternampak sesuatu yang lama dah dicari cari. Ni haa..


Rama rama tu semua hanyalah penyeri tambahan semata mata
Jadi entry ni diterbitkan bagi mengajak korang semua warga Dungun untuk tidak melepaskan peluang keemasan ni. Ha datang daftar sekarang. Tarikh tutup pendaftaran lupa pulak nak tanya tadi. Kelas akan dijalankan pada 8hb Mac ini jika tiada aral yang melintangi.
Saya dah mencalonkan diri. Anda bila lagi?
*Ee sukanya. Tercapai jugak impian nak belajar bermacam macam jenis kek. Impian - nak buka kedai kek terlaris kat Dungun or Paka. Doakan impian saya tercapai ye readers!

teganuku: Putus Cinta - Duda Ditemui Mati tergantung <b>Di Dungun</b>

Posted: 26 Mar 2013 11:36 AM PDT

"Sebaik tiba di rumah, saya memanggil namanya beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Apabila saya cuba buka pintu bilik, ia tertutup rapat.

"Saya terpaksa menggunakan sepenuh tenaga untuk menolak pintu, namun saya terkejut, sebaik pintu dibuka, saya lihat dia dalam keadaan tergantung," kata Maznah Kasim, 54, ibu kepada Fauzi Mohd Rosli, 29, yang ditemui mati tergantung di rumahnya, dekat Dungun tengah hari kelmarin.

Kejadian berkenaan disedari Maznah yang ketika itu pulang ke rumah untuk makan tengah hari sebelum dikejutkan dengan penemuan mayat anak lelakinya itu.

Menurut Maznah yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun, tiada perubahan pelik ditunjukkan arwah cuma anak lelakinya itu dikatakan banyak berdiam diri sejak belakangan ini.

Maznah yang bekerja di sebuah kilang papan berdekatan berkata, arwah sebelum ini menghadapi krisis rumah tangga dan bercerai dengan isterinya setelah dikurniakan seorang anak yang kini berusia setahun.

"Saya benar-benar terkejut apabila mendapati dia mati dalam keadaan begitu. Saya melepaskan ikatan tali yang terjerut di leher bagi menyelamatkannya, namun dia sudah pun meninggal dunia," kata Maznah.

Seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu daripada seorang rakan lain bahawa arwah yang bekerja sebagai pemandu jengkaut menceritakan kepada rakannya itu dia kini kecewa kerana putus cinta dengan seorang wanita.

"Dia tidak beritahu pula siapa wanita itu," kata rakan arwah.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

SH Online

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved