ads

Khamis, 28 Februari 2013

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


SEMUT HITAM: ADA PENEROKA FELDA TERENGGANU DITIPU???

Posted: 21 Feb 2013 12:00 AM PST

Hah! Apa cerita pulak ni? Dengar kata, ada Peneroka Felda kena tipu di Terengganu? Apa pasal Si Mazlan Pemalas tu tak nak ambik tindakan?

Ha... jangan pelik beb. Kalau korang nak tau kenapa Si Mazlan Pemalas tu tak ambik tindakan ialah sebab Peneroka tu ditipu oleh pemimpin PAS. Tak percaya? Nah! Korang baca cerita kat bawah ni. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!

Keresahan 1,080 'Peserta RTB Bandar Ketengah Jaya' yang menuntut supaya wang mereka berjumlah kira-kira RM1.4 juta dikembalikan dibalas dengan ungkapan 'UMNO Fitnah' serta ugutan saman.

Ungkapan yang disifatkan sebagai 'jahat kuasa dua' itu diungkapkan melalui status Facebooknya, Saiful Bahri.

Nasib ahli keluarga peneroka Felda yang mendakwa ditipu itu dibalas dengan ugutan saman, ungkapan UMNO memfitnah serta ajakan untuk berdebat oleh Satiful Bahri.

Salah seorang mangsa penipuan, Adnan Bin Mansor dari Felda Kertih 4, menunjukkan bukti kepada TerengganuToday bahawa dia telah dipersetujui untuk menyertai Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) melalui surat bertarikh 8 Februari 2004.

Dalam surat yang dikeluarkan Pejabat Tanah Dungun itu, Adnan dijemput untuk menghadiri satu majlis undi lot diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya pada pukul 9.00 pagi.

Dalam majlis itu, peneroka Felda terbabit diminta menjelaskan baki bayaran sebanyak RM310 seorang melalui surat pada Februari 2004.

Jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM1,290 dibayar kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate sebelum 1 Mac 2004, iaitu tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-11 diadakan pada bulan yang sama.

Surat yang ditandatangai Embong Bin Chik itu turut meminta peserta menghubungi Norul Alazhar Ali jika tidak jelas dengan surat berkenaan. Siapa Norul Alazhar Ali?

Norul Alazhar Ali merupakan orang yang rapat dengan Satiful Bahri. Norul diberi peranan oleh Satiful Bahri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah SRIDB pada tahun 2012. - seterusnya...

Ps: Rasanya, orang kat Terengganu lebih kenal siapa individu - individu yang disebut dalam cerita kat atas tu dan itulah caranya PAS menjaga kebajikan Peneroka!!!

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved