Khamis, 7 Februari 2013

13 di jerteh - Google Blog Search

13 di jerteh - Google Blog Search


Lychee Shake <b>Jerteh</b> | Amirez (dot) com

Posted: 01 Feb 2013 01:54 AM PST

Kalau di Melaka ada Coconut Shake Original Klebang yang sedap tak terkata, di Jerteh pula ada Lychee Shake yang sedap hingga ke sedutan terakhir

Lychee Shake Jerteh

Saya dapat tahu tentang Lychee Shake daripada Tok Penghulu kampung saya yang mencadangkan saya untuk cuba rasa Lychee Shake di Jerteh selepas terbaca entri Coconut Shake Original Klebang akhir tahun lepas. Jangan ingat Tok Penghulu cuma buat kerja-kerja kampung je. Ini Tok Penghulu moden ni pandai baca blog orang. Bukan blog je, ilmu fotografinya pun bukan tahap biasa-biasa. Sebaris dengan fotografer-fotografer hebat seperti Sham Khaleefa, Bob Chikonaz dan beberapa lagi yang lain. Eh, ini cerita pasal lychee shake, bukan pasal tok penghulu kampung saya

Lychee Shake Jerteh

Gerai Lychee Shake ni kecik je. Jauh sekali jika nak dibandingkan dengan gerai Coconut Shake Klebang. Walaupun kecik, yang penting abang ni mencari rezeki yang halal. Mana tahu satu hari nanti abang ni pun dapat jenamakan lychee shake dia sehebat jenama Coconut Shake Original Klebang di Melaka. Rezeki itu sesuatu yang misteri.

Kalau korang datang ke Pasir Puteh di Kelantan atau sekitar Jerteh bolehlah singgah kejap sejukkan badan dengan lychee shake yang terletak dekat je dengan pintu gerbang Pasir Puteh – Jerteh. Kalau tak jumpa boleh tanya Cikgu Naman, mungkin dia tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads