Khamis, 7 Februari 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Lebih 40000 sertai perarakan Maulidur Rasul <b>Hulu</b> <b>...</b> - teganuki ta

Posted: 30 Jan 2013 09:24 PM PST

Oleh: Kamarudin Mat Akib 

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, mengetuai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Hulu Terengganu melibatkan lebih 40,000 penduduk daerah Hulu Terengganu, hari ini.

Sebanyak 225 kontinjen mewaklili agensi kerajaan, sekolah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelbagai lapisan masyarakat turut menyertai perarakan itu yang bermula dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan SK Kampung Telaga dan berakhir di Padang Majlis Daerah Hulu Terengganu.

 Menteri Besar menyifatkan penyertaan yang di luar dugaan itu merupakan manifestasi sokongan rakyat kepada kerajaan dan amat diperlukan menjelang saat-saat pilihan raya umum diadakan.

"Kerajaan amat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan kepada rakyat dan ini amat wajar sekali kerana kita telah menyediakan segala kemudahan untuk mereka," katanya pada sidang media selepas perarakan tersebut.

Terdahlu dalam ucapannya beliau meminta rakyat supaya menghayati sepenuhnya semangat perpaduan yang bersesuaian dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Turut menyertai perarakan itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Haji Rozi Mamat, wakil-wakil rakyat di kawasan Parlimen Hulu Terengganu dan pemimpin masyarakat serta ketua-ketua jabatan di daerah itu.

Menteri Besar berharap penduduk tempatan mengetepikan perselisihan sesama mereka, sebaliknya bersatu bagi menguatkan perpaduan di kalangan masyarakat Islam di negeri ini.

"Islam tidak membenarkan umatnya bertindak secara ekstrims dan melampaui batasan, sebaliknya mereka perlu mengamalkan sikap sederhana dalam semua aspek kehidupan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads