Isnin, 7 Januari 2013

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Travelog Impian Abadi: Segmen : Saya Blogger Negeri...

Posted: 06 Jan 2013 12:55 AM PST

Salam Satu Malaysia....
Cik putih nie blogger dari NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.
Wah...wah... besar gitu tulis. Semua caps lock.hehe
Tahun nie adalah tahun melawat Terengganu
"NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK"

Nampak tak logo penyu kat atas, kita bagi pengenalan sikit tentang logo tue dibawah.
Comel kan. Sambil-sambil blogwalking tue bolehlah cadangkan kat diri sendiri datang melawat Terengganu. Cuti-cuti yang ada tue boleh bersiar-siar kat Terengganu. Ada peluang boleh jumpa Cik putih kat sana and boleh buat gathering.hehe...
So, tempat menarik tertarik daa bomm kat Terengganu nie banyak tau.
First, bila dah sampai tentu kita lapar kan. Kita p cari kepok lekor dulu. Makanan favorite Cik putih kat sana. Petang-petang boleh bersantai kat pantai sampai menikmati kepok lekor dan ICT. ICT tue bukan taman lampu yang lik lak tue. ICT nie short form dari ikan celop tepung. Digandingkan dengan ABC dan ais cendol. Nak sedap order air nyiur. Yummy. Malam sikit boleh cari ikan bakar cicah budu dengan nasi putih. Kan kenyang. Jangan risau pasal makanan kat sini. Insya Allah ditanggung halal. Nak makan ICT boleh jer cari gerai-gerai ditepi pantai. Yang famous kat sini adalah di Pantai Teluk Ketapang. Dekat dengan Airport.
Second place boleh la kita pergi jalan-jalan kat bandar Terengganu. Di PASAR PAYANG terutamanya, ia merupakan satu destinasi perlancongan yang terkenal di Terengganu. Pasar Payang menjual pelbagai jenis hasil kraftangan seperti songket tenun, koleksi batik canting, kain sutera, tudung, skarf, toto dan barangan logam serta keropok lekor dari segenap pelosok kampung. Sekiranya ke Terengganu, tak sah kalau tak singgah ke pasar payang untuk membeli-belah sebagai tanda kenangan dari terengganu. Banyak buah tangan yang boleh dibeli sebagai kenangan disana. Kalau Cik Putih disana memang sangat sukakan penyu-penyu comel yang dijual di kedai-kedai kraftangan.
Aneka jenis keropok keping hasil laut di Terengganu.
Batik dan songket yang halus ditenun. Barang tembaga senag dicari disini.
Third, BUKIT PUTERI. Dekat jer dengan Pasar Payang tue. Bukit Puteri menyimpan pelbagai kisah dan sejarahnya yang tersendiri. Ia pernah berfungsi sebagai penanda arah kepada pelayar dan pedagang, kubu pertahanan negeri Terengganu, tempat bersemayamnya pemerintah terdahulu,  tempat persembunyian dan pelbagai fungsi lain. Bukit setinggi 200 meter dari aras laut ini dikatakan wujud sejak 250 tahun lampau atau sejak abad ke-16 lagi (Sejarah Terengganu). Berkeluasan 0.688 hektar, bukit ini terletak bersebelahan dengan Istana Maziah, istana untuk istiadat diraja seperti sambutan pertabalan dan majlis sambutan keputeraan. Dari atas bukit nie kita boleh lihat bandar Terengganu dan laut dengan jelas. Banyak artifak dan monumen penting termasuklah kubu, genta (loceng besar), meriam, tiang bendera, rumah api, pentas batu, lubang simpanan peluru dan kubur boleh dilihat ketika berda di atas sana. Masuknyer cuma kene bayar RM1 jer.     
Ada meriam beranak, kubu, genta dan rumah api
Lepas tue boleh menyusul TAMAN TAMADUN ISLAM. Ianya terletak di Pulau Wan Man. Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam. Merupakan taman tema pertama yang mengiktiraf senibina Islam. Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia. Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India). Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China. Cik Putih amik masa setengah hari untuk habis menjelajah setiap monumen tue. Cantik. Boleh bergambar dan didalam setiap replika bangunan tue anda akan disajikan dengan video dan barangan sejarah. I LOVE HISTORY.
Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.
Dah alang-alang ker Taman Tamadun, bolehlah singgah ker MUZIUM TERENGGANU. Muzium ni merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Orang kat sini dan Cik Putih sendiri gelarkan muzium nie sebagai Muzium Losong. Di pintu masuk muzium ini kelihatan replika Batu Bersurat yang menjadi simbol dan lambang kedatangan awal agama islam di Terengganu dahulu. Muzium ini menyimpan seribu satu tinggalan sejarah dan terdapat lebih 10 jenis galeri di Muzium ini. Antara galeri yang ada ialah Galeri Islam, Galeri DiRaja, Galeri Kraftangan, Galeri Textile, Galeri Alamsemulajadi, Galeri Petroleum dan pelbagai seni moden dan seni kontemporari di pamerkan di sini. Meh la datang. Nak masuk kene bayar dalam RM5 jer.


Masa yang ada tue boleh jugak bersiar-siar di ICT Terengganu, Waterfront dan Taman Shahbandar. Tasik kenyir juga merupakan tempat yang sangat menarik bagi mereka yang jiwanya hijau. "Back To Nature" dengan berkunjung di Tasik kenyir ataupun Air Terjun Sekayu. Nak layan  perasaan ala-ala "Hawaii" boleh ker Pulau Perhentian, Pulau Redang dna Pulau Kapas. Jangn pergi Pulau kerengge dan Pulau Kambing plak. Hehehe... kat situ tak der laut. Ada hutan batu jer. hehe...


Bestkan.... so, apa lagi, "VISIT TERENGGANU" dan jangan lupa join segmen by FiziGraphic. Saya blogger tegar dari "Pata Timor". Sambung di Part tue Terengganu Menarik

P/S : Pstt...psttt.... maaf yer tuan segmen sebab duk melalut promotekan negeri dimata blogger.hehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads