Isnin, 7 Januari 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Tiga buah sekolah masih ditutup <b>di Hulu Terengganu</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 02 Jan 2013 02:47 PM PST

Posted on January 3, 2013, Thursday

KUALA TERENGGANU: Tiga buah sekolah masih ditutup di negeri ini ekoran ditenggelami air sementara 28 buah lagi yang ditangguhkan penggal persekolahan baharu kelmarin telah dibuka semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata tiga sekolah berkenaan terletak di Hulu Terengganu iaitu Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan dan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok. "Jika keadaan beransur pulih, kesemua sekolah berkenaan akan memulakan sesi persekolahan esok (hari ini). Cuaca dilihat semakin baik hari ini (semalam) dan saya harap semua sekolah berkenaan dapat dibuka kembali esok (hari ini)," katanya kepada pemberita semasa melawat seorang murid Tahun 1 yang menghidapi masalah jantung, di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam di sini semalam.

Beliau berkata, kesemua sekolah yang ditutup semasa permulaan sesi persekolahan, perlu menggantikannya pada hari Sabtu ini.

Sementara itu tinjauan Bernama ke Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan di Kuala Berang, didapati para guru, anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat dan Agensi PembangunanMasyarakat Terengganu, bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah pada jam 8.30 pagi semalam.

Guru Besarnya, Mohd Hassan Deraman berharap ekoran cuaca baik yang dialami sekarang, sekolah itu dapat dibuka semula hari ini.

Sementara itu di KELANTAN, hanya Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Diniah di Rantau Panjang, Pasir Mas yang masih ditutup.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Kelantan, Abdul Aziz Abdullah berkata empat buah sekolah di Tumpat yang ditutup semalam, akan beroperasi mulai esok.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan, SK Bendang Pak Yong, SK Telok Jering dan SABK Nurulhuda.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

DayangDeno: Langkah Berjaga-Jaga <b>Di</b> Hospital <b>Kuala Terengganu</b>

Posted: 06 Jan 2013 11:10 PM PST


*terbaru

Kawan deno di HKT post di fb

semua pesakit kritikal dipindah ke kl dengan helikopter.. yang separa kritikal ditransitkan ke hospital hulu terengganu.. doakan keselamatan kita semua.. amin...
p/s: minggu ni memang deno tak boleh pergi hospital.. nampaknya ubat kena hold dulu..

Banjir <b>di Terengganu</b> : 21 Ribu Pelajar Sekolah Terkandas.

Posted: 01 Jan 2013 02:41 AM PST

alt

 

KUALA TERENGGANU 1 Jan. - Sebanyak 31 buah sekolah di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu sesi persekolahan yang bermula hari ini yang menjejaskan 12 ribu pelajar akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan lapan sekolah menengah.

Beliau berkata daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 13 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Beliau berkata sekolah yang dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periok, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, kesemuanya di Hulu Terengganu.

"Lain-lain sekolah iaitu SK Pasir Akar, SK Tok Raja, SK Bukit Jerok, SK Alor Keladi, SK Kampung Nangka, SK Tok Dor dan SK Keruak di daerah Besut," katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar baharu di SK Tok Jembal di sini sempena pembukaan penggal persekolahan 2013 hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Hashim Mohd Zin.

Katanya sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu, SK Seri Payong dan SK Tenang di Besut.

Beliau berkata Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok di Kemaman ditutup bagi proses pembersihan setelah menjadi pusat pemindahan banjir sebelum ini.

Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SK Bukit Taduk, SK Matang, SK Tengkawang, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih, di Kemaman ialah SK Padang Kubu, SK RKT Seberang Tayor, di Setiu ialah SK Pak Ba dan SK Sungai Las manakala di Besut ialah SMK Bukit Payong dan SMK Putera.

"Sehingga ini kita tidak tahu sampai bila sekolah-sekolah berkenaan akan dibuka kerana ia bergantung keadaan banjir yang melanda. Kita harap banjir gelombang kedua ini cepat surut.

"Mana-mana sekolah yang ditutup itu, ia akan buat penggantian pada hari Sabtu," katanya.

Katanya ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka.

Sementara itu, Hashim berkata, seramai 19,878 murid telah mendaftar bagi memulakan Tahun Satu bagi 2013 di 350 buah sekolah di seluruh negeri. Foto : Terengganu Today
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads