Jumaat, 28 Disember 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


jawatan kosong <b>di negeri terengganu</b>:pegawai teknologi maklumat

Posted: 24 Dec 2012 12:32 AM PST

JAWATAN KOSONG UNTUK DIISI RAKYAT TERENGGANU YANG BERKELAYAKAN

Pena Berapi: Rezeki itu datang daripadaNya buat mereka yang berusaha.wallahuallam

RAKYAT MARHAEN: Banjir: 2 maut <b>di Negeri</b> Sembilan, <b>Terengganu</b>

Posted: 27 Dec 2012 03:52 PM PST

KUALA LUMPUR - Dua kamatian akibat banjir dicatatkan setakat pukul 10.30 malam tadi dengan masing-masing satu di Terengganu dan Negeri Sembilan menjadikan mangsa korban meningkat kepada lapan orang.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), seorang maut akibat lemas di Jelebu, Negeri Sembilan dan seorang lagi di Setiu, Terengganu.

Di Terengganu, setakat petang tadi telah meragut enam nyawa iaitu tiga di Kemaman, dua di Setiu dan seorang di Kuala Terengganu.

Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu bertambah buruk malam tadi apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di dua negeri

Pantai Timur itu meningkat kepada 22,609 orang berbanding 21,800 petang tadi.

Menurut portal itu, mangsa banjir di Pahang malam ini meningkat kepada 448 orang berbanding 435 petang tadi.

Mangsa banjir di Johor kini kekal seramai 13 orang.

Sementara itu di KELANTAN, keadaan banjir pada malam tadi tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa banjir berkurangan sedikit kepada 6,809 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu merangkumi 2,145 buah keluarga yang telah ditempatkan di 28 buah pusat pemindahan.

Jumlah yang dipindahkan di Pasir Mas adalah seramai 4,265 orang, Tumpat (2,329), Kota Baharu (197) dan Pasir Puteh (18).
Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya namun ia semakin menyusut termasuk sungai-sungai utama yang lain.

Keadaan cuaca pada malam tadi adalah baik.

Dalam pada itu, di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 15,800 orang berbanding 14,894 petang tadi. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads