Jumaat, 14 Disember 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Pengunjung TTI Dijangka Meningkat 20 Peratus Tahun Ini <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2012 12:00 AM PST

Jumlah pengunjung ke Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini dijangka meningkat sebanyak 20 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata pada tahun lepas hampir 600,000 pelawat mengunjungi TTI.

"Angka sebenar tahun ini belum ada lagi, tapi saya jangka peningkatan sebanyak 20 peratus daripada tahun lepas," katanya di sini.

Katanya jangkaan itu berdasarkan kepada banyaknya program yang dijalankan pihak pengurusan TTI sepanjang tahun ini, terutamanya ketika musim cuti persekolahan.

Berdasarkan trend lalu, jumlah pelawat tertinggi yang mengunjungi TTI tahun lalu ialah sekitar bulan Mei iaitu seramai 55,463 pelawat, Jun (73,986), September (52,397), Oktober (62,736), November (53,000) dan Disember (52,000) pelawat, katanya.

Abdul Rahin berkata Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 kelak, dijangka menyumbang kepada kerancakan pengunjung ke TTI memandangkan ia merupakan antara destinasi pelancongan yang hebat dipromosikan.

TMT menyasarkan untuk menarik lebih 4 juta pelancong ke negeri ini, ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads