Selasa, 18 Disember 2012

13 di marang - Google Blog Search

13 di marang - Google Blog Search


Anwar Pula Nak Bertanding <b>Di Marang</b> dan Permatang Pauh <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 07:00 PM PST

Presiden PAS Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim terpukul dengan kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahu bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak memandangkan PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk bertanding di Kerusi Parlimen Pekan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang itu sebenarnya telah melukakan hati Anwar Ibrahim.

Parlimen Marang merupakan kawasan kubu kuat Hadi Awang. Hadi Awang memenangi DUN Marang (sebelum persempadanan semula) semenjak dari tahun 1982 lagi walaupun kali pertama bertanding di kerusi tersebut pada tahun 1978. 

Perebutan untuk bertanding di Parlimen Pekan berlaku antara PAS dan PKR. PKR yang bersungguh-sungguh mahu memalukan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, telah menyatakan dari awal lagi bahawa kerusi tersebut adalah 'hak' mereka, sedangkan PAS yang melihat majoriti kerusi yang mereka tandingi, begitu jauh berbeza dengan PKR, sungguhpun PKR yang lebih banyak menggunakan jentera PAS, sudah pun menyatakan keazaman untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan. 

Oleh kerana Hadi Awang sendiri yang menyatakan bahawa dia akan bertanding di Parlimen Pekan, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS memang bersungguh-sungguh hendak bertanding di kerusi berkenaan, mahu tidak mahu, Anwar terpaksa membalas bahawa dia sanggup bertanding di Marang dan Permatang Pauh. 

Sekaligus kenyataannya itu menunjukkan dia tidak mahu kalah di tangan Hadi Awang. Kalau Hadi Awang boleh merampas 'kerusi PKR', mengapa pula PKR menerusi Ketua Umumnya tidak boleh merampas 'kerusi PAS'. 

Polemik terbaru yang ditunjukkan oleh  Anwar Ibrahim menunjukkan dengan jelas bahawa dia sebenarnya lebih takutkan PAS berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, Anwar yang diketahui sangat bijak bermuka-muka, sentiasa cuba menunjukkan bahawa PAS itu mudah ditekan dan dijinakkan. 

 Buat masa ini, tiada sebarang ulasan yang kedengaran dari mulut para 'ulama' PAS berhubung kenyataan balas Anwar Ibrahim itu. Besar kemungkinan para pemimpin PAS enggan membuatkan para penyokong PAS berpaling dan tawar hati kerana dari semasa ke semasa, PAS kelihatan semakin lemah dan sentiasa takut dengan Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng. 

Anwar cabar Najib bertanding <b>di Marang</b>: Satu cabaran yang kurang <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 02:22 AM PST

Oleh: Biswardi
Sumber: BB

image

Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim. Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia. 

Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya. Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya. 

Antara cabaran Anwar terhadap Dato' Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato' Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang. 

image

Persoalannya, apa ke jadahnya Dato' Seri Najib hendak bertanding di Marang? Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan.  Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja. 

Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan. Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa? 

Setelah sekian lama, kita semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal, remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak. Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Selain itu, beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam. Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung. 

Namun, dalam isu mencabar Dato' Seri Najib bertanding di Marang ini, tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah, tetapi bodoh. Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan. 

Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator. Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai. 

Justeru, jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya, tentulah pelik sekali. Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim, iaitu diktator yang sebenar-benarnya. 

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang, tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan. Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau? 

Apapun, Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam Pakatan Rakyat.  Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin.  Malah, dalam mesyuarat, Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain. 

Maka, kita tertanya-tanya, apakah permainan Anwar dalam isu ini? Siapakah sebenarnya sasarannya? Najib atau Hadi? Atau sekadar melepaskan 'gian' untuk bercakap walaupun tiada isu? 

Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya, Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads