Selasa, 18 Disember 2012

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


teganuku: Bandar Baru Bakal &#39;Hidupkan&#39; Semula Ekonomi <b>Di Ajil</b>

Posted: 17 Oct 2012 10:14 AM PDT

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu 'menghidupkan' semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT.

"Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Landas di Hulu Terengganu, semalam.

Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke pekan ini, katanya.

Mengenai penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara, Rosol berkata ia adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah memperuntukkan sebanyak RM800,000 kepada 3,416 penduduk wilayah itu yang layak menerima bantuan pada tahun ini.

"Tahun ini menyaksikan peningkatan sumbangan ke dalam tabung berkenaan sebanyak RM100,000 berbanding RM700,000 yang kita serahkan kepada orang miskin pada tahun lalu.

"Sumbangan ini adalah hasil keuntungan anak-anak syarikat Ketengah dengan sumbangan terbesar adalah dari syarikat perladangan milik kami," katanya.

 Pada majlis itu, seramai 81 penduduk miskin menerima RM300 setiap orang manakala 245 anak yatim dan pelajar miskin pula menerima RM100 atau RM200 seorang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads