Rabu, 21 November 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Wujudkan Manifesto BN <b>di</b> Peringkat <b>Negeri Terengganu</b> – Mohd

Posted: 20 Nov 2012 06:12 PM PST

ibrahim

Menjelang pilihanraya ke-13 (PRU13) berbagai cara dan pendekatan digunakan oleh wakil-wakil rakyat di kalangan Barisan Nasional untuk mendekati para pengundi. Ia bagi memastikan BN/UMNO terus relevan dan diterima rakyat sesuai dengan moto kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Ahli parlimen Kuala Nerus, Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri ketika ditemui mengatakan pendekatan secara menyeluruh seperti kelazimannya tidak lagi boleh digunakanpakai.

"Saya buat banyak program mendekati golongan muda di bawah 40 puluh dan first timer (pengundi baru). Pendekatan yang saya gunakan secara informal (bersahaja).

"Selain dari itu saya akan memastikan untuk lebih kepada berinteraksi dengan mereka berbanding pendekatan ceramah. Sebab saya kira mereka terdedah dengan pelbagai media terutama media baru dan maya" katanya di parlimen baru-baru ini.

Seterusnya Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus itu turut menjelaskan, selain golongan yang dikatakan tadi beliau turut memberikan keutamaan kepada para penuntut di IPTA dan IPTS. Ia bagi mengelakkan golongan tersebut hanya mendapat maklumat dari sebelah pihak sahaja.

Sebagai contoh beliau telah mengadakan beberapa siri program dan pertemuan dengan golongan mahasiswa. Antara topik yang dibicarakan ialah mengenai budget 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

"Ia penting, bagi mengelakkan sesetengah pihak (pembangkang) mengulas budget tersebut mengikut acuan mereka" katanya lagi.

Ketika diminta mengulas mengenai peluang kerajaan untuk terus memerintah di Terengganu dalam PRU12 yang akan datang, beliau mengatakan selain gerak kerja yang dilakukan secara menyeluruh kerajaan negeri perlu mewujudkan satu manifesto khusus untuk rakyat Terengganu.

"Manifesto kerajaan terutama di peringkat negeri perlu menjurus kepada keperluan dan keinginan rakyat tempatan terutama yang melibatkan sektor pekerjaan dan peluang perniagaan. Dan saya kira ia akan banyak membantu untuk membolehkan BN/UMNO terus kekal di Terengganu" katanya lagi.

Mengenai isu kononnya berlaku sedikit masalah dalaman yang sedang melanda di peringkat pimpinan negeri, Mohd Nasir menjelaskan isu tersebut tidaklah seperti yang disangka dan ia akan dapat ditanggani sejurus selepas parlimen dibubarkan.

Berhubung cadangan UMNO Malaysia menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau isu sabotaj yang ditimbulkan oleh ahli parti, Mohd Nasir menjelaskan beliau menyokong penuh cadangan tersebut. Ini kerana, menurut beliau UMNO perlu serius untuk membendung masalah ini dari terus berlaku.

"Kita jangan hanya tubuh, namun perlu pastikan tindakan di ambil terhadap mereka yang bertanggungjawab tanpa mengira kawasan tersebut telah menang ataupun kalah.

"Jangan hanya siasat kawasan yang kalah, kawasan yang menang juga (sekiranya ada unsur sabotaj) perlu diambil tindakan. Ia bagi memberikan pengajaran kepada mereka di masa akan datang" tegas beliau lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan pada petang itu, Mohd Nasir turut memberikan maklumbalas beliau mengenai cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Pekan.

Mohd Nasir mengatakan ia mungkin disebabkan kerana Hadi Awang sudah hilang keyakinan untuk bertanding di kawasan Marang. Ini mungkin disebabkan kerana, kegagalan beliau dalam memberikan khidmat yang memuaskan kepada para pengundi di kawasan tersebut.

"Saya yakin dan percaya, dia gagal beri 'servis' kepada rakyat Marang. Maka dia takut (untuk) bertanding di kawasan sendiri, maka ingin cuba di kawasan baru" tegas beliau secara sinis.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads