Rabu, 21 November 2012

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


UMNO Online - Projek RTB <b>Di</b> Kemaman Beri Manfaat Kepada <b>...</b>

Posted: 12 Nov 2012 03:17 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Projek RTB Di Kemaman Beri Manfaat Kepada 50,000 Penduduk

KEMAMAN, 12 Nov  - Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di kawasan Parlimen Kemaman yang menelan kos antara RM400 dan RM500 juta akan member manfaat kepada 50,000 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata projek itu turut memberi impak besar kepada ekonomi, hartanah, sosial, infrastruktur dan perhubungan di sekitar bandar Chukai.

"Terdapat empat komponen dalam RTB itu yang bertujuan mengatasi masalah banjir termasuk mewujudkan kolam takungan banjir serta melencongkan laluan banjir supaya ia tidak melanda kawasan perumahan.

"Selain itu, projek RTB ini juga turut mewujudkan laluan pengangkutan air di Sungai Chukai dengan mewujudkan laluan sungai yang baru sepanjang dua kilometre untuk menjimatkan jarak perjalanan melalui sungai," katanya selepas melawat tapak projek RTB dengan menyusuri Sungai Chukai, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman berkata keupayaan saliran dalam bandar juga dipertingkat dengan pelaksanaan secara berperingkat mengikut zon iaitu Zon A (Teluk Kalong-Bukit Kuang), Zon B (Mak Chili), Zon C (pusat bandar, Bukit Mentok, Tempurong dan Binjai) serta Zon D (Jalan Mak Lagam, Fikri dan Berenjut).

Ahmad berkata laluan pengangkutan air di Sungai Chukai turut menjana pembangunan ekopelancongan kerana kerajaan negeri bercadang mewujudkan program 'river cruise' dari jeti di Bukit Kuang ke Zoo di Bukit Takal dan Sungai Yak Yah di Ibok untuk melihat kelip-kelip pada waktu malam.

"Selain dapat mengurangkan banjir, kedalaman sungai itu juga kini sesuai untuk kegunaan tongkang atau kapal-kapal besar mengangkut pelbagai barangan bagi keperluan industri di Teluk Kalong.

"Projek tebatan banjir fasa pertama itu kini sudah siap 87 peratus dan dijangka siap menjelang Februari tahun depan," katanya.

Berita Bertarikh Pada 7:17 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads