Ahad, 28 Oktober 2012

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Majlis Bandaraya <b>Kuala Terengganu</b>

Posted: 07 Oct 2012 07:05 PM PDT

jawatan-kosong-2012-majlis-bandaraya-terengganu

Jawatan Kosong 2012: Kuala Terengganu merupakan ibu negeri, pusat pentadbiran dan pusat perniagaan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu diwujudkan pada 18hb Januari 1979 dengan keluasan 18,712 hektar persegi meliputi 21 mukim.Pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat telah dikeluarkan daripada Majlis Perbandaran dan dimasukkan di bawah pentadbiran Majlis Daerah Marang. Dengan perubahan ini, kawasan baru Majlis Perbandaran telah berubah kepada 16,806 hektar persegi.Pada 16 Disember 1996, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Terengganu telah diwarta perluasan meliputi seluruh daerah Kuala Terengganu sebagai kawasan kawalan dengan keluasan 60,528 hektar persegi termasuk sebuah pulau peranginan terkenal iaitu Pulau Redang dan bilangan mukim bertambah menjadi 23 mukim.Sekarang, majlis dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Terengganu Darul Iman) termasuk Pegawai-Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan, iaitu :-

1. Akauntan W41
2. Juruaudit Gred W41
3. Jurutera Gred J41
4. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
5. Penolong Juruaudit Gred W27
6. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N27
7. Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
8. Setiausaha Pejabat Gred N27
9. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17
10. Pembantu Penguatkuasa Gred N17
11. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
12. Juruteknik Gred J17
13. Juruteknik Perancang Bandar dan Desa Gred J17
14. Juruteknik Landskap Gred J17
15. Pembantu Pertanian Gred G17
16. Pembantu Kesihatan Awam Gred U17
17. Pembantu Penilaian Gred W17
18. Tukang K2 Gred R11
19. Tukang K3 Gred R9

KELAYAKAN DAN CARA MEMOHON

1. Segala maklumat berkaitan kelayakan akademik bagi memohon jawatan-jawatan berkaitan serta borang permohonan boleh didapati melalui laman portal mbkt.terengganu.gov.my. Pemohon perlu melampirkan bersama borang permohonan bagi salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-
i) Kad pengenalan
ii) Sijil kelahiran
ii) kad pengenalan bapa sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu
iii) Sijil kerakyatan Negeri Terengganu jika bapa dan pemohon lahir di luar Negeri Terengganu
iv) Sijil-sijil persekolahan dan kelulusan akademik termasuk transkrip diperakukan
v) dokumen-dokumen lain yang berkaitan, jika ada
2. Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dengan mengemukakan salinan kenyataan perkhidmatan yang terkini serta salinan Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun berturut-turut.
3. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat berukuran 40.5sm x 30.5sm dan dihantar kepada alamat berikut:

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU
Tingkat 4 – 8, Menara PMINT
No. 88, Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu
(u.p. : Jabatan Khidmat Pengurusan)
4. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5. Tarikh Tutup Permohonan: 21 Oktober 2012

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

- Jawatan Kosong 2012 -

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads